Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k
Auto Terkini

Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka pra-tempahan untuk model Volkswagen Arteon R-Line untuk pasaran tempatan pada harga anggaran RM290,000 dan RM310,000 dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Model versi import (CBU) ini bakal membuat kemunculan pertama di Malaysia di Pusat Jualan Volkswagen Pulau Pinang bermula 27-28 Julai ini sebelum disusuli 13 lagi pusat jualan terpilih.

Arteon R-Line dijana enjin 2.0L TSI berkuasa 280hp dan tork maksimum 350Nm, manakala hantaran tenaga disalurkan menerusi kotak gear automatik dual klac DSG 7-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), 4Motion.

Gaya badan menampilkan padanan rekabentuk avant-garde yang diserlahkan menerusi garis badan fastback yang harmoni dan emosional.

BACA >>> Volkswagen Arteon UK Dapat Enjin 2.0L yang Lebih Berkuasa – 268hp, 350Nm

Jika ‘Art’ membawa maksud fastback, ‘eon’ pula merujuk kepada model premium Volkswagen. Ia dilengkapi Paparan Info Aktif (AID) dengan skrin TFT yang boleh diubah suai dan memaparkan imej peta penuh. Sistem infotainment Discover Pro, terdiri daripada skrin 9.2 inci dengan ciri kawalan gestur dan konektiviti aplikasi wayarles (CarPlay, Android Auto dan MirrorLink).

Ciri kamera 360º membolehkan pemandu melihat kawasan sekeliling kenderaan daripada input empat unit kamera bersepadu. Arteon R-Line hadir dengan pakej gaya dalaman dan luaran R-Line bersama lapan pilihan warna badan: kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).

BACA >>> 94 Foto Volkswagen Arteon yang Mengancam Jiwa

Orang ramai yang ingin melihat lebih dekat model mewah ini, boleh mendaftar di laman web Volkswagen
bagi menerima jemputan eksklusif. Perincian lokasi seperti berikut:

 

GALERI
Auto Terkini fastback fastback 5-pintu Sedan Volkswagen Volkswagen Arteon Volkswagen Arteon (2019) Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.