• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k

Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k

July 22, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka pra-tempahan untuk model Volkswagen Arteon R-Line untuk pasaran tempatan pada harga anggaran RM290,000 dan RM310,000 dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Model versi import (CBU) ini bakal membuat kemunculan pertama di Malaysia di Pusat Jualan Volkswagen Pulau Pinang bermula 27-28 Julai ini sebelum disusuli 13 lagi pusat jualan terpilih.

Arteon R-Line dijana enjin 2.0L TSI berkuasa 280hp dan tork maksimum 350Nm, manakala hantaran tenaga disalurkan menerusi kotak gear automatik dual klac DSG 7-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), 4Motion.

Gaya badan menampilkan padanan rekabentuk avant-garde yang diserlahkan menerusi garis badan fastback yang harmoni dan emosional.

BACA >>> Volkswagen Arteon UK Dapat Enjin 2.0L yang Lebih Berkuasa - 268hp, 350Nm

Jika 'Art' membawa maksud fastback, ‘eon’ pula merujuk kepada model premium Volkswagen. Ia dilengkapi Paparan Info Aktif (AID) dengan skrin TFT yang boleh diubah suai dan memaparkan imej peta penuh. Sistem infotainment Discover Pro, terdiri daripada skrin 9.2 inci dengan ciri kawalan gestur dan konektiviti aplikasi wayarles (CarPlay, Android Auto dan MirrorLink).

Volkswagen Arteon R Line_10
Volkswagen Arteon R Line_4
Volkswagen Arteon R Line_12

Ciri kamera 360º membolehkan pemandu melihat kawasan sekeliling kenderaan daripada input empat unit kamera bersepadu. Arteon R-Line hadir dengan pakej gaya dalaman dan luaran R-Line bersama lapan pilihan warna badan: kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).

BACA >>> 94 Foto Volkswagen Arteon yang Mengancam Jiwa

Orang ramai yang ingin melihat lebih dekat model mewah ini, boleh mendaftar di laman web Volkswagen
bagi menerima jemputan eksklusif. Perincian lokasi seperti berikut:

 

GALERI
Volkswagen Arteon R Line_9
Volkswagen Arteon R Line_11
Volkswagen Arteon R Line_10
Volkswagen Arteon R Line_12
Volkswagen Arteon R Line_8
Volkswagen Arteon R Line_1
Volkswagen Arteon R Line_3
Volkswagen Arteon R Line_4
Volkswagen Arteon R Line_6
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, fastback, fastback 5-pintu, Sedan, Volkswagen, Volkswagen Arteon, Volkswagen Arteon (2019), Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my