Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Lancar 11 Unit Edisi Khas Polo Black & White Sempena Lazada 11.11
Roda4

Volkswagen Lancar 11 Unit Edisi Khas Polo Black & White Sempena Lazada 11.11

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan model Edisi Khas Polo Black & White sempena Festival Membeli Belah Tahunan 11.11 Lazada. Hanya terhad 11 unit, model hatchback itu akan dijual secara eksklusif di platform atas talian Lazada pada 11 November ini (Sabtu).

Pelanggan hanya perlu membayar RM68,488 (tidak termasuk insurans, yuran pendaftaran) seunit untuk mendapatkan Polo Edisi Khas dengan aksesori tambahan bernilai RM7,500. Sebagai sebahagian tawaran, panel bank rasmi Hong Leong Bank akan menawarkan kadar faedah rendah istimewa, 1.11 peratus setahun untuk pinjaman selama 5 tahun.

BACA >>> Volkswagen Polo 1.6 Hatchback Hanya RM69,888 – Harga Turun RM7,000

Volkswagen Polo Black & White didatangkan dengan warna badan putih dan aksesori hitam iaitu:

  • Warna putih (Candy White)
  • Spoiler belakang
  • Kemasan sisi berwarna hitam
  • Kerusi kemasan kulit
  • Rim aloi 15-inci
  • Perumah cermin sisi hitam
  • Filem penebat haba cermin VW Tint

Masuk ke kabin tersedia set stereo RCD 340G baharu dengan sambungan USB, iPod, auksiliari, slot kad SD, Bluetooth dan konektiviti (Apple Carplay, Android Auto, dan Mirrorlink).

Polo dikuasakan enjin 1.6L MPI yang mampu menghasilkan kuasa 104hp dan tork maksimum 153Nm. Prestasi kuasa lancar disalurkan menerusi transmisi automatik 6-kelajuan dengan Tiptronic dan mod Sport. Bagi membuat tempahan, pelanggan perlu membuat bayaran RM799 menggunakan Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan atas talian.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Volkswagen Polo (2018)

GALERI
Auto Terkini Lazada Roda4 Volkswagen Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Volkswagen Polo 1.6 Volkswagen Polo 1.6 Hatchback Volkswagen Polo Black & White
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.