Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf R Versi 3-Pintu Kini di Malaysia, RM268,888 dan 10 Unit Sahaja!
Roda4

Volkswagen Golf R Versi 3-Pintu Kini di Malaysia, RM268,888 dan 10 Unit Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan ketibaan unit istimewa Golf R versi 3 pintu pada harga RM268, 888 yang ditawarkan 10 unit sahaja dalam warna Lapiz Blue (biru). Jadi, kepada peminat Golf, sila jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan membuat tempahan sekarang!

Sama seperti model 5 pintu, Golf R versi 3 pintu ini didatangkan dengan enjin 2.0TSI pengecas turbo dan transmisi klac basah 7-kelajuan DSG yang menjana kuasa impresif  285hp dan tork 380Nm antara 2,000-5,400rpm menerusi sistem pacuan empat roda (4WD) 4MOTION.

BACA >>> #Videotomotif: Volkswagen Golf R Performance Pack dengan Sistem Brek, Kit Aero dan Ekzos Dipertingkat

Golf R versi 3 pintu ini didatangkan bersama kerusi kemasan kulit Vienna dengan lambang R, rim aloi Pretoria 19-inci, Paparan Info Aktif (MID) 12.3 inci, set infotainment Discover Pro 9.2 inci dengan Sambungan Aplikasi bersama Kawalan Gestur, lampu depan LED bersama Lampu Belok Dinamik, lampu belakang LED dengan indikator dinamik dan stereng progresif.

TANPA CIRI KESSY

Tetapi, Golf R versi 3-pintu ini tidak didatangkan dengan sistem tanpa kunci KESSY dan sistem butang penghidup mula-henti (start/stop), fungsi memori cermin sisi dan kerusi pemandu elektrik boleh laras.

BACA >>> 6 Fakta Pantas | Volkswagen Golf R-Line Kini di Malaysia, Harga RM166,990!

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Golf R ialah model paling diminati dalam barisan model Volkswagen. Kehadiran Golf R versi 3-pintu bakal memberikan keterujaan kepada peminatnya. Ini ialah peluang kepada peminat Golf untuk memiliki sebahagian daripada model terhad 3 pintu di Malaysia.

“Kami yakin semua 10 unit tersebut akan laris dengan cepat,” katanya.

GALERI
Erik Winter Volkswagen Volkswagen Golf Volkswagen Golf R Volkswagen Golf R 3-Pintu Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.