Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf R (2022) Debut dengan Kuasa 315hp, Mod Drift
Roda4

Volkswagen Golf R (2022) Debut dengan Kuasa 315hp, Mod Drift

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Golf R (2022) tampil lebih sporty dan berkuasa berbanding model terdahulu yang dijana enjin 4-silinder 2.0L Turbo berkuasa 317hp (+25hp) dan tork 420Nm (+41Nm) dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan dual-klac 7-kelajuan DSG.

Bagaimanapun, tiada versi manual untuk model Eropah, tetapi semua pasaran akan menerima konfiguras sistem pacuan semua roda (AWD) dengan ciri pemvektoran tork yang membantu menghilangkan gejala belokan kurang (understeer) dan mengurangkan radius membelok untuk pemanduan lebih tangkas.

BACA >>> Volkswagen Golf R Versi 3-Pintu Kini di Malaysia, RM268,888 dan 10 Unit Sahaja!

BERAPA LAJU?

Daripada talaan baharu, Golf R (2022) mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250kmj. Sistem suspensi mendapat talaan sport, dengan spring lebih keras dan bar anti-oleng.

Pasukan jurutera juga menambah subfrem aluminium ringan dan meningkatkan kamber negatif pada gandar depan yang membolehkan kereta ini mengambil selekoh pada halaju tinggi selain menambah baik kestabilan. Perubahan itu juga meningkatkan penampilan yang mana model ini lebih rendah 20mm berbanding model terdahulu.

Golf R (2022) dibekalkan sistem brek dipertingkat menerusi cakera depan lebih besar dan lebar berukuran tinggi 358mm, dan lebar 33mm. Juga ada silinder master brek lebih besar dan kaliper depan aluminium 2-piston.

Model turut memiliki sistem redaman adaptif diubah suai, kunci diferensial ini  itu memiliki sistem redaman adaptif yang dimodifikasi, electronic differential locks dan sistem stereng nisbah berubah elektronik dan sistem stereng nisbah-variabel. Pemandu boleh memilih enam mod pemanduan berbeza, seperti Comfort, Sport, Race dan Individual.

TENTANG MOD DRIFT

Golf R (2022) juga dilengkapkan dua tetapan baharu, dinamakan Special dan Drift. Mod Special dioptimumkan untuk pemanduan di trek Nürburgring dan memiliki tetapan redaman lebih lembut berbanding mod Race untuk mengekalkan sentuhan maksimum dengan jalan raya. Ini membantu kereta menangani situasi permukaan beralun di litar ‘Green Hell’ tersebut.

Mod Drift, sebaliknya membolehkan pemandu beraksi drift dengan mengubah parameter untuk sistem Kawalan Stabiliti Elektonik (ESC) dan mengoptimumkan agihan kuasa ke sistem AWD.

Golf R (2022) juga mendapat manfaat daripada pengurusan dinamik kenderaan (VDM) untuk memantau dan mengoptimumkan pelbagai sistem dan komponen.

Volkswagen mendakwa boleh mengira kawalan klac optimal (OCC) untuk fungsi kawalan tork roda selektif bagi mengoptimumkan ketangkasan dan kestabilan Golf R. Ia juga membantu menangani gejala belok kurang (understeer) dan belok lebih (oversteer) untuk pemanduan neutral.

Ketepikan seketika aspek prestasi, Golf R (2022) memiliki bampar depan lebih sporty dengan ambilan udara unik  dan aksen hitam berkilat. Model ini dibezakan menerusi gril unik dengan palang biru bercahaya sebaik saja enjin dihidupkan.

Lagi, ada skirt sisi sporty, perumah cermin luaran krom kusam dan rim aloi 19 yang dibalut tayar prestasi musim panas. Melengkapkan penampilan itu ialah bampar belakang sporty, difuser hitam berkilat, dan sistem ekzos sport 4 paip.

Menjengah ruang kabin, pembeli akan menemui kerusi sport kulit Nappa dengan aksen biru dan logo R pada perehat kepala. Pasukan pereka juga menghiaskan ruang dalaman dengan trim gentian karbon artifisial, pelapik pedal keluli tahan karat dan stereng sport dengan butang R khas.

Keistimewaan lain ialah kluster instrumen digital dan unit infotainment 10 inci dengan paparan spesifik-R .

BACA >>> Volkswagen Golf Mk8 Tidak Masuk Malaysia Tahun Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tukar Tayar Saiz Besar Lebih Mahal, Jejas Prestasi?

SUMBER: CarScoops

Hatchback Segmen-C hot-hatch Roda4 Volkswagen Volkswagen Golf R (2022)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard dan Vellfire 2026 diperkenal di Jepun, Gaya Sama, Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Toyota GR86 Thunder 2027 | Kredit Joseph Ivan Faller
    Roda4

    Toyota GR86 2027 dengan Kawalan Pemanduan, Kabin dan Keselamatan Dipertingkat

    03/06/2026
    BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersil!

    03/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard dan Vellfire 2026 diperkenal di Jepun, Gaya Sama, Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.