• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Golf Mk8 Tidak Masuk Malaysia Tahun Ini

Volkswagen Golf Mk8 Tidak Masuk Malaysia Tahun Ini

May 14, 2020 By AI Leave a Comment

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Golf Mk8 sudah dipasarkan di Eropah sekitar Februari lalu. Di Britain, hot-hatch popular itu didatangkan dengan empat varian S, SE, SEL dan R-Line.

Bagaimanakah pula Malaysia? Bilakah kita akan menerima Golf baharu? Ini dijawab Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Erik Winter pada Taklimat Virtual Rekabentuk Logo Baharu Volkswagen, semalam.

Menurutnya,  pelancaran Golf Mk8 tidak akan berlaku tahun ini untuk pasaran tempatan.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Tiguan JOIN yang Serba Cukup

Namun, tiada lagi pengesahan terperinci mengenai varian yang akan dibawa masuk dan bilakah masa sesuai untuk pelancaran model tersebut.  Golf Mk8 versi global didatangkan dalam tiga opsyen enjin, iaitu diesel (dua varian), petrol (empat varian) dan hibrid-ringan (empat varian).

Difahamkan versi GTE, GTI dan R bakal dilancarkan kemudian. Golf Mk8 dibina berasaskan platform MQB, sama seperti Mk7 dengan sistem suspensi dan trenkuasa dipertingkat. Semua panel tampil baharu, dan visual ketara Golf baharu ini dapat dicam menerusi grafik lencana depan baharu dan gril terkini yang dipadankan lampu utama LED lebih tirus. Rekaan lampu belakang juga berwajah baharu.

BACA >>> Volkswagen Golf GTI Mk8 Kini dengan Konektiviti Pintar (243hp, 370Nm)

Enjin paling asas ialah petrol 3-silinder 1.0L TSI berkuasa 89hp dan 109hp, manakala 4-silinder 1.5L TFSI didatangkan dalam pilihan kuasa 129hp dan 148hp. Semua varian didatangkan dengan transmisi manual. Sebaliknya, varian diesel 2.0L TDI (113bhp) ditawarkan dalam pilihan transmisi manual atau automatik.

Enjin eTSI dengan lencana mild-hybrid (hibrid ringan) menggunakan penghidup tali sawat (belt starter) atau generator 48V yang disambung kepada bateri 48V dan dihubung terus ke transmisi DSG 7-kelajuan. Menurut Volkswagen, unit eTSI menawarkan kuasa 109bp, 129hp dan 148hp.

BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan

GALERI
Volkswagen Golf Mk8_2
Volkswagen Golf Mk8_4
Volkswagen Golf Mk8_6
Volkswagen Golf Mk8_13
Volkswagen Golf Mk8_11
Volkswagen Golf Mk8_9
Volkswagen Golf Mk8_7
Volkswagen Golf Mk8_5
Volkswagen Golf Mk8_1
Volkswagen Golf Mk8_3
Volkswagen Golf Mk8_8
Volkswagen Golf Mk8_10
Volkswagen Golf Mk8_12
25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, hatchback, hot-hatch, platform MQB, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf, Volkswagen Golf 8, Volkswagen Golf GTI, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM), VPCM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my