Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Viper Niza Racing, Aston Martin Racing Asia Jalin Kerjasama, Sertai Kelas GT Antarabangsa
Auto Terkini

Viper Niza Racing, Aston Martin Racing Asia Jalin Kerjasama, Sertai Kelas GT Antarabangsa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS lima tahun bersaing dalam kelas prototaip dan touring, Viper Niza Racing hari ini mengumumkan kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia.

Pasukan milik Malaysia yang ditubuhkan sejak 2015 itu akan menggunakan dua model Aston Martin iaitu Vantage GT3 dan GT4 untuk bersaing dalam kempen perlumbaan serantau dan antarabangsa kelas GT Sport Car.

Selaku pasukan sekutu Aston Martin Racing Asia, Viper Niza Racing juga akan menguruskan dan menyediakan servis untuk program perlumbaan membabitkan pelanggan.

BACA >>> Siri Akhir Aston Martin V12 Vantage Lancar, 333 Unit Habis Ditempah!
BACA >>> SUV Terpantas Dunia, Aston Martin DBX707 (2022) Kini di Malaysia! Harga RM1.09j

Pemilik, prinsipal dan pelumba, Douglas Khoo akan mengetuai pasukan itu dengan bantuan rakan pelumba, Dominic Ang. Pengumuman itu dibuat pada satu majlis pelancaran dua jentera lumba baharu itu di Aston Martin Kuala Lumpur. Hadir sama ialah Pengarah Aston Martin Racing Asia, Weiron Tan.

Kedua-dua jentera lumba Vantage GT3 dan GT4 dipacu trenkuasa 4-liter V8 turbo berkembar akan meneruskan legasi Aston Martin Racing dalam perlumbaan kereta sport.

Vantage GT3 ialah kereta lumba penuh yang direka dan dibangunkan sepenuhnya. Jentera itu menggantikan model V12 Vantage GT3. Vantage GT4 pula dibangunkan dari model standard Vantage.

Viper Niza Racing Vantage GT3 akan membuat debut di GP Formula Satu (F1) Singapura pada 1 hingga 2 Oktober depan. Khoo akan bersaing dalam perlumbaan sokongan Thailand Super Series (TSS) di Marina Bay Street Circuit pada Sabtu dan Ahad. Acara itu melibatkan dua perlumbaan sprint selama 25 minit di laluan sepanjang 5.063km.

Seramai 27 pelumba antarabangsa dari Singapura, Thailand, Belanda, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Perancis, Hong Kong dan Kanada akan bersaing dalam GT3/GTM dan GTC. Antara jenama kereta lumba yang bersaing dengan pasukan Viper Niza Racing ialah Toyota, Lexus, Audi, Porsche, Aston Martin, Mercedes AMG, Bentley, Lamborghini dan Ford.

BACA >>> Foto Toyota GR GT3 Concept Didedahkan, Kereta Lumba Misteri Tanpa Maklumat Teknikal
BACA >>> Porsche 911 GT3 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.8 Juta Sahaja
BACA >>> Lotus Pinjamkan Evora GT410 Sport Sebagai Kereta Peronda Polis UK

Aston Martin Racing Asia Aston Martin Vantage GT3 Aston Martin Vantage GT4 Douglas Khoo GT Sport Car Viper Niza Racing Weiron Tan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.