Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»VinFast Buka Enam Bilik Pameran di California, Sasar Tembus Pasaran Amerika
Auto Terkini

VinFast Buka Enam Bilik Pameran di California, Sasar Tembus Pasaran Amerika

Han OthmanBy Han Othman28/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR kenderaan elektrik (EV) dari Vietnam, VinFast hari ini membuka enam bilik pameran di California sebagai cubaan menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) yang didominasi Tesla.

Bilik pameran tersebut juga adalah pertama di luar Vietnam yang mensasarkan membuka lebih 30 premis dalam negeri itu dan negeri lain seluruh AS.

BACA >>> #TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!
BACA >>> #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

Penghantaran unit ditempah dijadualkan bermula penggal keempat tahun ini, kata Ketua Pegawai Pelanggan (CCE), Craig Westbrook dalam temu bual di bilik pameran baharu di Santa Monica, tidak jauh dari bilik pameran Tesla dalam pusat beli-belah Santa Monica.

Dua EV VinFast kini disimpan di stor AS, iaitu model kenderaan pelbagai guna (SUV) kelas pertengahan VF 8 pada harga bermula AS$40,700 (RM181,160) dan VF 9, berharga AS$55,500 (RM247,030). Kedua-dua model tersebut kini ditayangkan di laman pusat beli-belah di siatu dengan saiz bilik pameran kurang separuh daripada Tesla.

Acara julung kali itu berjaya menarik perhatian pengunjung, dengan diserikan persembahan bintang K-Pop Korea-Amerika, AleXa.

Kami mahu pemilikan EV untuk semua orang sebanyak yang boleh,” kata Westbrook yang juga mantan eksekutif BMW.

TENTANG VINFAST

VinFast ialah konglomerat Vingroup JSC yang diasaskan bilionair Pham Nhat Vuong pada 2017 dan mula menghasilkan kenderaan dikuasakan petrol pada 2019.

Terdapat kira-kira 73,000 unit EV VinFast tersedia untuk pasaran global dengan kilang pembuatan di Hai Phong di utara Vietnam yang juga satu-satunya pengeluar nasional di Vietnam. Vinfast kini menjual lebih 65,000 kereta petrol pada 2020 dan 2021.

VinFast turut mensasarkan jualan global 1 juta unit dalam tempoh masa lima hingga enam tahun akan datang dengan menyaingi pengeluar sedia ada. Sebagai contoh,  syarikat pemula (start-up) EV dari China, Nio mengambil masa tiga tahun untuk mengeluarkan 100,000 unit kenderaan dari kilang pemasangan, manakala Goldman Sachs Group meramalkan Tesla bakal menghasilkan 1.4 juta unit EV tahun ini.

BACA >>> VinFast Klara S Kini Lebih Murah dengan Pakej Sewa Bateri
BACA >>>  Geram Bateri Mahal Sangat, Pemilik Tesla Model S Upah Syarikat Dinamit Letupkan Kereta

SUMBER: BangkokPost

Auto Terkini California Craig Westbrook Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Pelbagai Guna (SUV) Pham Nhat Vuong Roda4 Tesla VinFast
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.