Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vinales: Jentera Yamaha Kurang ‘Power’ dan Selalu Masalah
Roda2

Vinales: Jentera Yamaha Kurang ‘Power’ dan Selalu Masalah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASCA GP Austria, pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales pada awalnya mengisi barisan depan sebelum ketinggalan jauh di belakang selepas perlumbaan dimulakan semula (disebabkan red flag kemalangan). Apa yang berlaku menyebabkan dia mengkritik keras jentera YZF-M1 ditunggangnya.

Vinales nyata kecewa selepas menamatkan aksi di Red Bull Ring di tempat ke-10. Dia mendakwa jenteranya sering bermasalah ketika berlumba. Malah, ketika perlumbaan kedua, entah kenapa jentera itu kehilangan kuasa tiba-tiba kerana masalah klac, sekali gus melepaskan peluang kemenangan.

BACA >>> Giliran Ducati Menyinar di GP Austria, Dovizioso dan Miller Raih Podium

Kami ada masalah dengan jentera untuk kali kedua berturut-turut. Aku sangat kecewa pada perlumbaan kedua sebab aku dah kekalkan kelajuan untuk jadi pelumba depan. Tapi sekarang kami hilang banyak mata. Kalau macam ni, susahlah nak kejar juara dunia. Kerja perlu diteruskan walaupun aku susah nak motivasikan diri sebab masalah terus berlaku.”

Menurut Vinales lagi, M1 juga kurang berkuasa yang menyebabkan Yamaha sukar bersaing di depan apabila berlumba di litar yang memerlukan kelajuan maksimum seperti Austria.

Aku selalu berikan terbaik, tetapi dengan kuasa jentera yang sangat kecil, mustahil berada kat depan. Bayangkan, aku tak ada peluang untuk lawan Suzuki dan Ducati. Sangat kecewa kena potong dengan semua pelumba di laluan lurus dan jauh lebih laju di selekoh. Masalahnya sama, aku tak boleh memotong dengan M1.

“Aku menderita dengan Yamaha selama bertahun-tahun dan aku tak tau kenapa. Susah nak faham, beberapa pengeluar selangkah lebih maju daripada kami. Bukan satu lap saja, tapi sangat terasa masa berlumba. Kalau dah berada di belakang pelumba lain, jangan haraplah boleh potong.”

Vinales juga memberitahu masalah yang membuatkan dia berada di belakang apabila perlumbaan dimulakan semula kali kedua. Menurutnya, jenteranya mengalami masalah klac pada tiga lap pertama hingga jenteranya hilang kuasa.

Apa yang pelik bila aku berniat nak habiskan perlumbaan dan masuk pit, tiba-tiba motor tu ok balik. Akhirnya aku boleh pecut dan potong beberapa pelumba. Setidak-tidaknya bolehlah selamatkan enam poin.”

BACA >>> Yamaha Tala Bunyi Motosikal Elektrik Macam Kapal Angkasa
BACA >>> Yamaha Berminat Perkenal Sportbike 4-Silinder 250cc dengan Nama R25M?

2020 MotoGP GP Austria Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP roda2 Yamaha Yamaha MotoGP
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.