Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Vinales Jawab Kenapa Laju Masa Ujian, Tetapi Perlumbaan Sebenar Tetiba Perlahan
Auto Terkini

Vinales Jawab Kenapa Laju Masa Ujian, Tetapi Perlumbaan Sebenar Tetiba Perlahan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA ujian pramusim, November tahun lalu, pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales ialah pelumba terpantas dengan mencatatkan masa 1:29.849 di Valencia.

Isunya, walaupun beliau sentiasa konsisten mencatatkan masa terbaik dalam ujian pramusim, termasuk ujian kelayakan dan latihan musim lalu, tetapi apabila tiba masa perlumbaan sebenar, prestasinya tiba-tiba jadi tidak menentu. Dominasi cemerlang yang dipamerkan langsung hilang apabila saingan MotoGP 2019 bermula.

Beliau kerap menjadi sasaran kecaman warga maya atas prestasi hambar tersebut yang cuma mampu menjadi jaguh trek ujian yang kecundang ketika aksi sebenar. Apabila diajukan tentang isu berkenaan, berikut jawapan diberikan pelumba Sepanyol itu;

Memang bagus untuk faham ketika ujian pramusim, selalunya hanya ada (sisa) getah tayar Michelin atas trek. Sebab cengkaman tayar hebat, cengkaman motor kami pun hebat. Tapi apabila perlumbaan sebenar, kami bermula selepas kelas Moto2 yang mana ada getah tayar Dunlop (atas trek).

“Ini banyak ubah feeling dan cengkaman di trek. Dan motor kami paling banyak terjejas apabila berlaku  perubahan tahap cengkaman. Bagi aku, itulah alasannya.

Vinales juga menegaskan karakter litar bukan alasan kerana Yamaha pernah menang di Litar Antarabangsa Sepang yang mempunyai trek sukar.

BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 2 – Vinales Tunjuk Taring, KTM Masih Bergelut

Jadi bagi Vinales, kenapa beliau mampu beraksi ketika ujian dan bukan ketika perlumbaan sebenar adalah kerana mereka (pelumba Yamaha) perlu berlumba selepas Moto2 yang mana sisa getah tayar jenama lain menjejaskan prestasi cengkaman jentera M1 disebabkan permukaan trek licin.

Namun, apakah dilakukan Vinales untuk menangani masalah tersebut? Pada penggal kedua pusingan akhir MotoGP 2019, kita dapat melihat perubahan dilakukan beliau  yang tidak lagi menumpukan kepada kelajuan maksimum, tetapi kepada tempo perlumbaan.

BACA >>> Bos Yamaha: Tiada Alasan untuk Lepaskan Vinales

Vinales mengakui apa dilakukan itu nyata menjadi. Baginya, apabila beliau mula memberikan perhatian kepada diri sendiri dan tidak terlalu memikirkan mengenai lawan, itulah cara terbaik untuk menang, iaitu mencapai yang terbaik untuk diri sendiri dan jentera.

Biasanya perlumbaan pertama adalah cuba faham tayar dan pilih tayar yang sesuai ketika berlumba. Kemudian kami tengok tempo kelajuan lumba.

“Pasukan tahu jentera kami sangat baik ketika ujian kelayakan. Selalu di barisan pertama, dan ini bagus untuk mula perlumbaan. Tapi apabila berlumba, aku mula rasa payah seawal lap pertama kerana itulah kami perlu tingkatkan prestasi di awal mula perlumbaan. Inilah perlu ditingkatkan pada musim 2020.”

SUMBER: TMCblog
2019 MotoGP 2020 MotoGP Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP 2020 roda2 sukan permotoran Yamaha Yamaha Monster Energy
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.