Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Vinales Akui Silap Besar Masuk Yamaha
Auto Terkini

Vinales Akui Silap Besar Masuk Yamaha

WahidBy Wahid10/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA MotoGP, Maverick Vinales mengakui tersilap berpindah dari pasukan Suzuki ke pasukan pengilang Yamaha. Dia juga mendakwa hampir ‘gila’ kerana gagal membuatkan jentera Yamaha YZR-M1 mencapai prestasi lebih konsisten.

Aku tak mahu bercakap terlalu banyak pasal masa lepas, tetapi apa yang jelas aku dah buat silap besar. Motor Yamaha ialah jentera pemenang dan aku pilih untuk ambil langkah tersebut.

“Aku tak ada apa komen buruk pasal dia orang. Aku selalu cakap motor dia orang dah cukup baik, tapi kami tak tau cara nak dapatkan hasil. Ada masa aku tak boleh disaingi, tapi kadangkala aku duduk kat belakang. Aku rasa macam nak gila.”

Vinales memulakan karier GP dalam Moto3 pada 2013 dengan memenangi kelas itu pada tahun sama. Dia kemudian berhijrah ke kelas Moto2 untuk musim 2014-2015. Selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam kelas pertengahan itu, dia direkrut pasukan Suzuki Ecstar untuk beraksi dalam kelas premier MotoGP bagi musim 2015-2016.

Vinales juga menjadi pelumba yang bertanggungjawab memberikan kemenangan pertama untuk Suzuki dalam GP British di Silverstone pada 2016. Itu juga kemenangan pertama buat pasukan yang berpangkalan di Hamamatsu, Jepun tersebut sejak 2007.

Melihatkan potensi Vinales, pasukan pengilang Yamaha mengambil pelumba Sepanyol itu untuk menggantikan Jorge Lorenzo yang berpindah ke pasukan pengilang Ducati pada 2017.

Vinales menunjukkan kehebatannya bersama Yamaha dengan memenangi tiga daripada lima perlumbaan pertama pada musim itu. Namun, prestasinya mula jadi tidak menentu dan berterusan merosot sepanjang empat setengah tahun berikutnya.

Dia kemudian disingkirkan Yamaha atas alasan ‘unexplained irregular operation of the motorcycle’ kerana sengaja meligatkan enjin ketika memasuki lorong pit di GP Styrian akibat berang dengan keputusan diperoleh. Vinales kemudian diambil menyertai pasukan Aprilia untuk berlumba bersama rakan pasukan dari Suzuki, Aleix Espargaro.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Yamaha Larang Vinales Berlumba di Austria?
BACA >>> Sepupu Viñales 15 Tahun Maut Nahas WSSP 300

Aprilia MotoGP Auto Terkini BMW M2 MotoGP Safety Car Maverick Viñales Monster Energy Yamaha MotoGP MotoGP Yamaha YZR-M1
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.