• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Sebab Kenapa Yamaha Larang Vinales Berlumba di Austria?

Inilah Sebab Kenapa Yamaha Larang Vinales Berlumba di Austria?

August 16, 2021 By AO Leave a Comment

796
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN ada yang tertanya, kenapa Maverick Vinales dilarang berlumba dalam aksi GP Austria di Red Bull Ring, semalam dengan alasan, 'unexplained irregular operation of the motorcycle". Larangan itu bukan daripada penganjur, tetapi atas arahan Yamaha sendiri.

Pelumba Sepanyol itu dikatakan cuba menjahanamkan jenteranya  pada aksi sebelum final, semalam.

Rakaman disiarkan MotoGP (minit ke 3:00) menunjukkan Vinales meligatkan rev jentera ketika memasuki pit yang dikatakan menjadi sebab Yamaha berang hingga melarang pelumba berusia 26 tahun itu berlumba.

BACA >>> Tuah Tayar Slik atas Trek Basah, Binder Raih Podium di Austria!

Vinales bagaimanapun mendakwa situasi itu berlaku disebabkan kekecewaan dihadapinya. Malah, dia turut memohon maaf atas kesilapan dilakukan.

Aku nak minta maaf kepada Yamaha. Semuanya sebab kekecewaan, juga rasa bimbang. Aku bawa motor dalam cara yag lain masa lap terakhir,"

"Itu letupan emosi, kekecewaan.

"Aku ada jiwa pahlawan, aku ada kat trek sana, berlawan setiap lap. Ia bukan macam tu tapi macam mana pun itu keputusan Yamaha yang aku perlu hormat. Aku masih rider Yamaha," katanya dalam temu bual selepas berlumba.

Katanya lagi, dia tidak berniat hendak membahayakan sesiapa atau dirinya sendiri.

Vinales tidak diturunkan Yamaha dalam aksi final semalam, malah pasukan pengilang itu turut tidak menurunkan pelumba ganti. Dia juga dikatakan akan direhatkan Yamaha hingga penghujung musim ini.

Terbaharu, Aprilia Racing mengumumkan merekrut Vinales sebagai pelumba pasukan itu untuk musim depan yang akan berlumba bersama rakan pasukan baharunya, Aleiz Espargaro. Vinales kini menduduki ranking keenam keseluruahan daripada 10 perlumbaan dengan 77 masta di belakang rakan pasukan, Fabio Quartararo, yang juga pendahulu ranking.

BACA >>> Vinales Sah Sertai Aprilia MotoGP Musim 2022
BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1

796
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Austria, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP 2021, Red Bull Ring, YSR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my