Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tuah Tayar Slik atas Trek Basah, Binder Raih Podium di Austria!
Auto Terkini

Tuah Tayar Slik atas Trek Basah, Binder Raih Podium di Austria!

Han OthmanBy Han Othman15/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI kejutan dalam aksi pusingan ke-11 GP Austria di Red Bull Ring yang kali ini dimenangi pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder apabila nekad menggunakan tayar slik dan berlumba atas trek basah, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Francesco Bagnaia (Ducati) dan juaran minggu lalu Jorge Martin (Pramac Ducati).

Bagnaia yang mendahului dalam perlumbaan trek kering sepatutnya cuma memerlukan satu pusingan lagi untuk memintas Binder, tetapi keberanian Binder menjadi satu-satunya pelumba kelompok depan menggunakan tayar slik nyata membuahkan hasil berjaya meraih podium pertama buat kali kedua dalam kelas premier.

BACA >>> Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP

Iker Lecuona (Tech3 KTM Factory Racing), Luca Marini (Sky VR46 Avintia) dan Valentino Rossi (Yamaha Petronas SRT) juga menunjukkan aksi cemerlang apabila masing-masing turut berlumba dengan tayar slik dengan menamatkan saingan di tempat kelima, keenam dan kelapan.

Hujan mula turun sejak pelumba sedanag bersiap sedia di grid hingga memaksa pelumba seperti Marc Marquez (Repsol Honda) menukar tayar belakang jenis slik lembut kerana bernaggapan cuaca akan jadi semakin buruk. Bagaimanapun sesetengah pelumba memilih untuk kekal dengan tayar jenis medium atau keras.

Hujan kemudian reda pada pertengahan perlumbaan dan Marquez mula mendekati pelumba depan seperti Bagnaia dan pendahulu, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha)

BACA >>>> Marquez Masih ‘Raja Sachsenring’! Juara 11 Tahun Berturut-Turut!

Marquez berada di kedudukan kedua ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan lagi sebelum hujan mula turun sekali lagi dengan agak lebat. Jack Miller dan Alex Rin terpaksa masuk ke pit ketika pusingan berbaki lima lagi.

Lagi empat pusingan, kumpulan pelumba depan tiba-tiba tinggal enam orang apabila Marquez menyertai Bagnaia, Quartararo, Martin dan Mir masuk pit dan meninggalkan Binder yang mencelah memintas Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini), Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu) dan Rossi.

Tinggal dua psuingan lagi, Rossi hampir saja meraih podium. Marquez pula mengetuai ‘kumpulan basah’ di tempat ke-10, tetapi dia sudah pun ketinggalan 10 saat di belakang Binder, dan terjatuh pula di selekoh Turn 1, meninggalkan Bagnaia sebagai ‘kumpulan basah’ paling depan.

Namun, pelumba Itali itu perlu menunggau kemenangan MotoGP pertamanya hanya selepas tertinggal 13 saat di belakang Binder, sebelum margin dikurangkan kepada 9.9 saat kerana penalti had laju trek ke atas pemenang perlumbaan.

Dalam perkembangan lain, pelumba negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) menamarkan saingan di kedudukan ke-18 dalam aksi Moto2 yang dimenangi pelumba Red Bull KTM Ajo, Raul Fernandez.

BACA >>> Martin Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pramac Ducati di Austria
BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP

Juara minggu lalu, Martin tertiggal 1.5 saat di belakang Bagnaian, dan satu saat di atas Mir. Johann Zarco (Pramac) pula tersingkir daripada saingan sebelum hujan, sekali gus memberi ruang kepada Quartararo untuk memburu kejuaraan musim ini.

Bagnaia dan Mir kini pencabar Quartararo paling hampir apabila berkongsi mata sama dengan beza 47 mata sahaja. Rakan pasukan, Maverick Vinales digantung Yamaha daripada berlumba atas kesalahan teknikal pada aksi minggu lalu. Walaupun sudah memohon maaf, tetapi situasinya masih tidak jelas sama ada Yamaha akan membenarkan dia berlumba semula di Selverstone nanti.

KEPUTUSAN MOTOGP AUSTRIA
  1. 1 Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) 40m 46.928s
  2. 2 Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +9.991s
  3. 3 Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* +11.570s
  4. 4 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +12.623s
  5. 5 Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +14.831s
  6. 6 Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +14.952s
  7. 7 Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +16.650s
  8. 8 Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +17.150s
  9. 9 Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +17.692s
  10. 10 Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +18.270s
  11. 11 Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) +25.144s
  12. 12 Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +25.193s
  13. 13 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +25.603s
  14. 14 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +30.642s
  15. 15 Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +35.459s
  16. 16 Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +40.384s
  17. 17 Cal Crutchlow GBR Petronas Yamaha (YZR-M1) +52.950s

 

  • Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) DNF
  • Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* DNF
Auto Terkini Brad Binder GP Austria MotoGP 2021 Red Bull KTM Racing Red Bull Ring
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

06/05/2026
Auto Terkini

Nissan Gravite CNG, MPV Kecil Dengan 7 Tempat Duduk dan 2 Tangki CNG!

06/05/2026
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Auto Terkini

B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

05/05/2026
Auto Terkini

‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

04/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.