Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vigo Cari Dana untuk Motosikal Elektrik Prestasi Tinggi yang Mampu Gerak Sejauh 640km
Roda2

Vigo Cari Dana untuk Motosikal Elektrik Prestasi Tinggi yang Mampu Gerak Sejauh 640km

AryonBy Aryon13/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA masing-masing pengeluar motosikal elektrik sudah mampu menawarkan prestasi jentera yang menakjubkan, perlumbaan seterusnya ialah keupayaan bergerak sejauh mungkin. Isu ini sangat kritikal kerana perlu mengambil kira saiz bateri yang perlu kompak mengikut fizikal motosikal, selain masa mengecas juga perlu dibuat sepantas mungkin.

Namun, Vigo mendakwa menemui rahsia tersebut, iaitu sportbike elektrik berprestasi tinggi dalam pakej jarak jauh,  dengan syarat pengeluar itu mendapat dana secukupnya.

PERGI SEJAUH LEBIH 600KM

Menurut kempen IndieGoGo, jentera itu mampu ditunggang pada jarak maksimum hingga 640km. Prestasi ditawarkan pula sepantas 3.2 saat dalam pecutan 0-100kmj, manakala kelajuan maksimum mencecah 290kmj dengan berat cuma 159kg.

BACA >>> #EICMA2018: Arc Vector – Motosikal Elektrik Paling Canggih dari UK Ini Bernilai RM490k!

Jika menjadi kenyataan, sportbike elektrik itu jelas lebih superior berbanding banyak motosikal konvensional yang dikuasakan petrol. Vigo enggan mendedahkan sebarang rahsia mengenai bateri, sebaliknya cuma menyatakan, teknologi bateri baharu yang dibangunkan itu mampu menghasilkan bateri yang lebih tumpat, ringan dan memiliki kelajuan muatan-nyahmuat (loading-unloading) lebih pantas.

Pengecas pantas boleh mengecas penuh bateri jentera sepantas kurang 30 minit, termasuk menawarkan kompartmen storan tangki petrol, sama seperti Honda NC700X.

Sekarang apa yang menjadi dilema Vigo ialah dana. Dalam kempen IndieGogo, Vigo mensasarkan mengumpul lebih AS$300,000 (RM1.25 juta) sebagai modal menghasilkan satu prototaip dan membawa jentera itu memasuki barisan pengeluaran. Jumlah setakat ini ialah AS$267 (RM1,116). Ya, tiada sebarang ‘0’ atau ‘k’ di hujung kerana memang itu saja jumlah dikumpul Vigo setakat ini. Malah kempen dana untuk kentang salad dan melancarkan TARDIS (kotak mesin masa dalam cerita fiksyen TV) ke angkasa lebih mendapat sambutan berbanding Vigo.

Vigo turut mengajak orang ramai mempromosikan kempen tersebut dan menjadi pelabur untuk projek berkenaan, tetapi respon diterima gagal menunjukkan hasil positif.

Bagaimanapun, salah seorang netizen memberikan komen bahawa salah satu cara mengumpul dana untuk motosikal elektrik itu ialah dengan membina prototaip.

BACA >>> Evoke Uji Bateri Baharu untuk Motosikal Elektrik, Boleh Cas Penuh Sepantas 15 Minit

“Keluar atas jalan dan buat ujian jarak, dan kelajuan 0-100kmj, serta rekodkan semual spesifikasi dunia sebenar itu untuk menunjukkan anda ada produk yang bernilai untuk disokong. Memang payak menjual sebuah jentera dengan hanya mengharapkan seni konsep,” kata netizen itu.

Ada betul juga pendapat netizen tersebut kerana semua foto, dan video ditunjukkan setakat ini tidak lebih daripada sekadar gambar janaan komputer.

SUMBER: RideApart

EV IndieGoGo Kenderaan Elektrik (EV) motosikal elektrik roda2 Vigo
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.