Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Tidak Sampai Sebulan, Koenigsegg Agera RS Pecahkan Rekod Bugatti Chiron
Autotainment

#Videotomotif: Tidak Sampai Sebulan, Koenigsegg Agera RS Pecahkan Rekod Bugatti Chiron

Han OthmanBy Han Othman09/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KURANG sebulan lalu, selepas mengambil Juan Pablo Montoya sebagai pemandu Chiron, Bugatti mengumumkan mencatatkan rekod 0-249-0mph (0-400-0kmj) sepantas 41.96 saat. Bagaimanapun, di satu lokasi dalam Sweden, Christian von Koegnigsegg mendakwa mereka sudah sedia ada jentera yang lebih pantas.

Menariknya, Koenigsegg sebenarnya merancang melakukan rekod pantas itu dengan Regera, tetapi model hypercar elektrik tersebut sudah pun habis dijual. Akhirnya, mereka menggunakan model baharu, Agera RS kerana pemiliknya sendiri mahu membuktikan prestasi jentera tersebut.

Akhirnya ujian 186mph (300kmj) dilakukan di sebuah landasan udara dekat Vandel yang dahulu ialah bekas pangkalan Perkhidmatan Tentera Udara Denmark dan ditutup bagi tujuan militari pada 2003 sebelum kini menjadi kawasan solar terbesar di Scandinavia.

CUACA BURUK, GUNA PELAN B

Agera RS memuatkan enjin 1MW Koenigsegg yang dinaik taraf dengan kuasa 1,360hp dan tork 1,370Nm, termasuk kabin oleng (rollcage) mudah alih sebagai opsyen.

Asalnya, ujian tersebut dirancang antara 30 September dan 2 Oktober ini di fasiliti ujian Papenburg, Jerman. Namun, ramalan cuaca memaksa Koenigsegg mengambil plan B, dan kebetulan pula cuaca sangat baik di Scandinavia selatan pada Ahad, 1 Oktober lalu. Jadi, pasukan pandu uji Koenigsegg langsung bergegas ke Vandel dengan sebuah kereta yang masih lagi bertampal pita industri di beberapa permukaan badan untuk mengelak serpihan batu dan debu jalan.

Selepas ditutup selama 14 tahun, keadaan landasan Vandel dengan jarak 2.73km memaksa pemandu Koenigsegg, Niklas Lilja berhati-hati dengan bonggol dan lopak kecil walaupun ketika itu dia sedang dalam misi mencatatkan kepantasan mencecah 400kmj!

Disebabkan kelajuan Agera RS belum pernah diuji sebelum ini, Koenigsegg melakukan perubahan kecil ke atas kalibrasi perisian untuk sudut sayap belakang bagi mengurangkan seretan yang kini menjadi tetapan standard semua kereta.

PECAH REKOD CHIRON

Memecut di atas permukaan jalan konkrit yang kurang cengkaman, data Koenigsegg menunjukkan kawalan traksi diaktifkan pada tiga gear pertama dengan kelajuan tertinggi direkodkan pada 182kmj (113mph) dalam gear tiga dan empat.

Akhirnya, Lilja berjaya mencatatkan rekod 0-248-0mph (0-399kmj-0kmj) dalam masa 36.44 saat, sekali gus mengalahkan Chiron (5.52 saat).

Agera RS mengambil masa 26.88 saat untuk mencapai kelajuan 248mph (399kmj) dalam jarak 1.21 batu (1.94km). Nyah pecutan kepada sifar pula mengambil masa 9.56 saat dalam jarak 1,584 kaki (482 meter) hasil bantuan cakera seramik karbon dan kaliper bespoke, serta tayar Michelin.

Lebih menakjubkan, jentera tersebut jadi lebih pantas sepanjang masa ujian dengan merekodkan kelajuan 250mph (402kmj) dan kembali kepada sifar dalam masa 37.28 saat pada jarak 1.57 batu (2.52km), cuma beberapa meter di penghujung landasan!

SUMBER: Road and Track

autotainment Christian von Koenigsegg Koenigsegg Koenigsegg Agera RS Niklas Lilja pecah rekod Bugatti Chiron Roda4 videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026

1 Comment

  1. Mat Dang on 10/10/2017 14:20

    Certified by world record organisation?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.