Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Padah Strim Video Sambil Memandu, Rakaman Detik Akhir Gadis Maut Dirempuh Bas
Auto Terkini

Padah Strim Video Sambil Memandu, Rakaman Detik Akhir Gadis Maut Dirempuh Bas

Han OthmanBy Han Othman05/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH kisah pengajaran tentang betapa pentingnya aspek keselamatan ketika memandu. Apa yang menimpa gadis berusia 22 tahun dari Rusia ini patut dijadikan iktibar kepada kita semua sebagai pengguna jalan raya di Malaysia supaya sentiasa fokus, berhati-hati, berdisiplin dan bersabar ketika memandu atau menunggang.

Segalanya bermula apabila seorang gadis cantik dari Kazan dalam Tatarstan, Sitora B melakukan strim video secara langsung kepada rakan-rakan dan pengikutnya (follower) di laman sosial popular Rusia, VK. Apa yang menyedihkan ialah strim video itu dirakamkan ketika dia sedang memandu, di mana telefon bimbit diletakkan pada panel meter berdasarkan pandangan matanya.

Sebelum insiden berlaku, Sitora B sempat menyanyi mengikut alunan radio kereta sambil membaca kiriman mesej dihantar pengikutnya. Menurut TheSun, mangsa sempat bertanya kepada penonton;

“Apa khabar kamu? Apa kamu sedang buat? Ke mana kamu pergi?”

Dalam beberapa detik selepas bercakap dan memandang kamera telefon bimbit buat kali terakhir (0:40 saat), keretanya tiba-tiba bergegar dan paparan kamera terus gelap serta diselangi bunyi seretan tayar. Video selepas itu disambung dengan foto-foto Sitora B terlibat kemalangan yang dirakamkan seorang saksi di tempat kejadian.

Menurut laporan, kereta Daewoo Matiz dipandu Sitora B dilanggar sebuah bas dan impak rempuhan tersebut sangat kuat hingga menyebabkan mangsa terpelanting dari kerusi pemandu ke bahagian sebelah penumpang depan dan terkulai di bingkai cermin pintu.

Separuh badan kereta dipandu mangsa kelihatan remuk teruk dan tiada lagi wajah ceria si gadis cantik sedang berceloteh. Sebaliknya berganti dengan lelehan darah yang dipercayai berpunca daripada kecederaan kepala dan mangsa disahkan maut ditempat kejadian.

Polis Tatarstan dalam satu kenyataan dalam laman web pada 24 Mac lalu mengesahkan insiden berkenaan yang dilaporkan berlaku pada sehari sebelum itu – 23 Mac – sekitar jam 10:20 pagi. Menurut polis, semasa kejadian mangsa sedang melakukan siaran dalam talian ke rangkaian media sosial.

Daewoo Matiz – Model sama dipandu Sitora B

Menurut polis;

“Gangguan ke atas kawalan kereta menyebabkan mangsa terpesong ke tepi jalan dan apabila cuba kembali semua ke laluan betul, dia termasuk dalam lorong bertentangan dan bertembung dengan bas Pavlovsky Avtobusny Zavod (PAZ).

Akibat kemalangan jalan raya itu, pemandu kereta Daewoo Matiz maut akibat kecederaan dihadapi, manakala pemandu bas PAZ dan seorang lagi penumpang mengalami kecederaan.”

Takziah kepada keluarga mangsa. Mungkin apa yang menimpa Sitora B boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua supaya kekal fokus dan berhati-hati ketika memandu kerana anda bukan saja sedang membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain. :'(

* Durasi video: 1:13 minit (Video ini merakamkan kandungan yang mungkin mengganggu emosi anda. Harap maklum).

Auto Terkini kemalangan jalan raya nahas jalan raya Mac 2017 pada strim video ketika memandu padah main telefon bimbit ketika memandu Rusia Sitora B
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.