Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

Han OthmanBy Han Othman15/03/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA sudah sedia maklum kebanyakan lampu kereta moden kini sudah dinaik taraf daripada jenis mentol halogen kepada xenon (HID), dan paling terkini, LED.

Penambahbaikan itu bukan atas faktor kosmetik semata-mata walaupun tidak dinafikan penampilan kereta dengan lampu xenon dan LED tampak lebih mengancam, tetapi faktanya, disebabkan faktor keselamatan.

Ini antara evolusi lampu kenderaan yang semakin bertambah baik hari ini.

Persoalannya, benarkah pencahayaan lampu LED lebih baik dan lebih cerah ketika malam berbanding xenon dan halogen?

Video di akhir artikel ini akan menjelaskan kepada anda perbezaan kedua-dua lawan lampu yang lain.

Model digunakan ialah dua Porsche 911 untuk lampu xenon dan LED, manakala halogen ialah Volkswagen Golf.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

Lampu Mana Lebih Cerah?

Halogen vs Xenon
LED vs Xenon

Jelas sekali halogen dikalahkan teruk dengan xenon dan LED yang lebih cerah.

Kesimpulannya, jika memilih lampu LED, anda akan dapat lebih banyak manfaat. Xenon lebih cerah dan terang berbanding mentol halogen biasa.

Namun, metod pencahayaan LED sangat berbeza, yang mana cahaya dihasilkan menggunakan diod dan elektron, bukan filamen dan gas.

Jadi, saiz LED lebih kecil, tahan lama dan kurang menggunakan tenaga berbanding Xenon.

Bagaimanapun, lampu xenon lebih terang berbanding LED ketika suluh tinggi (high beam), manakala kos pembuatan LED pula lebih tinggi.

Ini menyebabkan harga kereta yang ada ciri lampu LED lebih mahal.

Berikut keputusan ujian antara lampu halogen, xenon dan LED:

Suluh Rendah (Low Beam)

  • Halogen 650/900 lux
  • Xenon 1100/1600 lux
  • LED 1600/2200 lux

Suluh Tunggi (High Beam)

  • Halogen 2200 lux
  • Xenon 3800 lux
  • LED 3600 lux

* lux ialah unit ukuran bagi tahap pencahayaan, juga dipanggil iluminans (illuminance) atau iluminasi (illumination)

Mari kita lihat video penuh ujian berkenaan:
* Durasi video 5:11 minit

Xenon vs LED Porsche PDLS headlights  - also Halogen

SUMBER: Car Scoops

autotainment lampu halogen lampu HID lampu LED lampu xenon perbezaan jenis lampu kereta tahukah anda videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026

1 Comment

  1. Dick Head Benny Jr. Carlson on 15/03/2026 15:02

    Great artikel

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.