Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Macam Dalam Filem! Pelumba Rali Ini Beraksi Drift Ekstrem Tanpa Teknik CGI
Autotainment

#Videotomotif: Macam Dalam Filem! Pelumba Rali Ini Beraksi Drift Ekstrem Tanpa Teknik CGI

Han OthmanBy Han Othman11/11/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ken-block-drift-bg
ADA banyak video drift di laman web perkongsian video seperti YouTube, tetapi antara paling menarik sudah tentu video hasil garapan pelumba rali profesional, Ken Block dan pasukannya Hoonigan menerusi aksi Gymkhana 9 yang membabitkan pelbagai skil memandu mengagumkan.

Video di bawah menunjukkan aksi Ken Block dan jentera ralinya, Ford Focus RS RX beraksi di satu kawasan perindustrian terbengkalai dekat Buffalo di New York, Amerika Syarikat. Apa dilakukan Block adalah sesuatu yang sangat eksotik, sama seperti aksi dilakukannya dalam dua siri rakaman terdahulu di Dubai dan Los Angeles.

RAKAMAN DAN SUNTINGAN TERPERINCI

Menarik tentang video Ken Block ialah perincian suntingan yang dibuat tidak ubah seperti sebuah filem aksi. Malah, setiap aksi dilakukannya sendiri tanpa sedikit pun menggunakan teknik pengimejan janaan komputer (CGI) yang biasa digunakan pembikin filem Hollywood untuk aksi ekstrem tertentu.

ken-block-drift-3
KEN BLOCK

Antara aksi Ken Block paling menakjubkan ialah melintasi hadapan kereta api yang sedang bergerak, aksi donat di dermaga dengan tayar betul-betul berada di pinggir tebing bersebelahan laut, dan mengelilingi sebuah kereta yang digantung helikopter.

Rakaman bukan saja mengambil sudut perspektif pemandu (first person) dan pihak ketiga (third person), tetapi turut memperincikan babak dramatik lain seperti aksi menukar gear, tayar meligat laju, injakan pedal minyak dan brek, letusan asap ekzos, dan kepulan asap tayar, termasuk beberapa rakaman sukar dari udara menggunakan dron.

Kami sangat teruja melihat video ini, anda pula bagaimana? 😉

autotainment drift gymkhana Gymkhana 9 Hoonigan Ken Block pelumba rali video drift videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.