Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Budak ‘Dipanggang’ Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!
Autotainment

#Videotomotif: Budak ‘Dipanggang’ Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!

Han OthmanBy Han Othman24/10/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

budak-panas-dalam-kereta-bg
LEBIH 600 kanak-kanak maut akibat strok haba kerana tertinggal dalam kereta sejak 1998 di Amerika Syarikat. Malah, berita kematian akibat anak tertinggal dalam kereta juga tidak asing di kalangan masyarakat kita saban tahun. Apakah kita sedar bahawa kita mampu menghalang insiden seumpama itu jika masing-masing tahu apakah tindakan yang patut dilakukan?

Tahukah anda, jika suhu di luar 26°C, suhu di dalam kereta mampu mencecah setinggi 51°C dalam masa satu jam sahaja, di mana 2/3 kepanasan berlaku dalam 20 minit pertama. Lebih parah, sistem termoregulasi – iaitu mekanisme tubuh mengekalkan suhu dalam badan – bagi kanak-kanak masih tidak secekap orang dewasa. Badan mereka mudah panas tiga hingga lima kali ganda lebih pantas.

Menghentam dan menyalahkan ibu bapa dan penjaga si kanak-kanak itu memang mudah. Tetapi, ada beberapa kes menunjukkan ibu bapa atau penjaga terbaik sekali pun tidak terlepas daripada terlupa tentang bayi mereka dalam kereta yang kemudian berakhir dengan kecederaan atau kematian. Jadi apa yang patut kita lakukan? Terus saling menghentam atau menyalahkan, atau lakukan seperti eksperimen sosial di bawah?

KEPUTUSAN EKSPERIMEN

Menyedihkan, daripada keputusan eksperimen di atas, cuma 1/3 orang bertindak sepatutnya dengan menelefon pihak berkuasa. Ya, anda cuma memerlukan beberapa minit daripada masa anda untuk menyelamatkan satu nyawa. Sila lakukan 3 perkara di bawah:

1. Kita di Malaysia perlu menelefon NOMBOR KECEMASAN 999.

2. Peka keadaan sekeliling. Gunakan setiap deria yang dianugerahkan Tuhan kepada anda. Lihat dan dengar sebarang keganjilan. Sila ambil peduli!

3. Dapatkan bantuan segera. Mungkin ketika itu cuma anda saja ada di tempat kejadian. Kenapa buat tidak peduli? Bertindak sajalah!

Berhenti menghentam dan saling menyalahkan! Apakah seumur hidup kita tidak pernah terlupa? Setiap kalangan kita bertanggungjawab dengan persekitaran. Ingat, peka dan bertindak!

autotainment budak tertinggal dalam kereta panggilan kecemasan Malaysia 999 peka dan bertindak pesanan khidmat masyarakat talian kecemasan 999 tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
HEV

Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie08/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

By Han Othman06/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.