Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Videotomotif: Berpantang Maut Sebelum Ajal, Trak Rempuh Bas Tetapi Tiada Penumpang Cedera
Auto Terkini

#Videotomotif: Berpantang Maut Sebelum Ajal, Trak Rempuh Bas Tetapi Tiada Penumpang Cedera

Han OthmanBy Han Othman01/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda mahu tahu apakah maksud peribahasa ‘berpantang maut sebelum ajal’, lihat saja video di bawah ini sebagai contoh. Siapa sangka tiada penumpang cedera dalam insiden kemalangan membabitkan sebuah trak merempuh sisi bas di Syracuse, New York pada 19 Januari lalu.

Insiden dramatik itu sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam bas yang menunjukkan tiga penumpang (seorang lelaki dan dua wanita) duduk di barisan kerusi depan dan masing-masing sedang melakukan hal sendiri.

trak-rempuh-bas-5
Tidak lama kemudian, Penumpang 1 (wanita) yang duduk bertentangan sisi bas yang dirempuh mula perasan ada sebuah trak sedang meluru ke arah bas, lalu dia menjerit. Serentak itu juga Penumpang 2 (lelaki) yang duduk di hadapannya menoleh ke belakang, melihat trak dan cuba meloncat daripada kerusi (lihat detik 0:08 saat di bawah). Pada masa sama trak itu turut merempuh tepi bas hingga membuatkan Penumpang 2 terperosok ke kerusi di depannya.

0:07 – Penumpang 1 menjerit dan Penumpang 2 menoleh.
0:08 – Penumpang 2 cuba meloncat.
0:08 – Trak merempuh pada masa sama.
0:09 – Rempuhan berlaku. Penumpang 2 terperosok.

Semua insiden tersebut berlaku begitu pantas bermula saat ke-7 hingga saat ke-9, bermula Penumpang 1 perasan kelibat trak datang dan menjerit pada saat ke-7, dan Penumpang 2 memberikan reaksi menoleh dan cuba meloncat menyelamatkan diri sebelum dirempuh trak pada saat ke-8, manakala saat ke-9 rempuhan sudah berlaku.

Apa yang menakjubkan, bahagian sisi bas yang dirempuh trak itu betul-betul di belakang kerusiPenumpang 3 (wanita) yang duduk di depan Penumpang 2 yang cuba menyelamatkan diri itu. Malah, penumpang yang duduk di kerusi barisan belakang turut terselamat.

Menurut Syracuse.com, semua penumpang bas tidak cedera, cuma pemandu bas dan penumpang trak dirawat kerana mengadu sakit dada akibat terkejut. Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal.

SUMBER: Syracuse.com

Auto Terkini berpantang maut sebelum ajal kemalangan jalan raya trak rempuh bas videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.