Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Ribuan Rakyat Malaysia Bersorak Gembira Lintas Tambak Johor
Auto Terkini

Video Ribuan Rakyat Malaysia Bersorak Gembira Lintas Tambak Johor

FarahBy Farah01/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEPAT jam 12 tengah malam tadi,  Malaysia dan Singapura membuka semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April.

Pembukaan ini nyata menggembirakan ribuan rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan virus Covid-19.


Perasaan gembira sempena pembukaan itu dapat dilihat tengah malam tadi apabila ribuan rakyat Malaysia dilihat melintas pulang dengan berlari-lari anak sejauh 2.5km di Tambak Johor.

Suasana jadi lebih riuh, apabila ada yang melaungkan Allahuakbar dan menyanyikan lagu Negaraku sambil berjalan di susur keluar Tambak Johor.

Sementara di kawasan R&F Mall berdekatan Tambak Johor, ramai rakyat Johor terutamanya berkumpul dan menjerit, “Welcome back!” kepada pengembara yang melepasi tambak berkenaan.

Suasana turut sebak apabila ada keluarga bersama anak-anak kecil menantikan kepulangan keluarga tercinta. Selain berjalan kaki, ada juga ratusan rakyat Malaysia yang pulang menaiki motosikal dan kereta.

Pembukaan sempadan darat kedua-dua negeri itu dilakukan sebagai sebahagian prosedur operasi standard (SOP) yang dilonggarkan sempena menuju fasa peralihan endemik.

Hanya lengkap vaksinasi dibenarkan merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan Covid-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

@rahsiakurus Sejak petang td dh berkumpul kat pintu masuk Singapore – Malaysia utk pembukaan border 1/4 #openborder #johorbahru #singapore #tambakjohor ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@lyea8082 12am 01.04.2022 border Singapore-Malaysia di buka. #RandFprincesscove #bordersingaporemalaysia #tambakjohordibuka #fypシ #fypシ゚viral #foryoupage #foryoupageofficiall #foryour #foryoupage❤️❤️ ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

BACA>>> 7 Hari Tiada Bayaran Tol di Pintu Sempadan Malaysia-Singapura!
BACA>>> MB Johor: Laluan Singapura-Johor Bahru Buka 28 November Ini

Auto Terkini Johor pembukaan sempadan Singapura Tambak Johor
Farah

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.