Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Veloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI ‘Tidak Cukup Trek’ – Bos Hyundai N
Auto Terkini

Veloster N Lebih Bagus, VW Golf GTI ‘Tidak Cukup Trek’ – Bos Hyundai N

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Golf GTI tidak cukup ‘trek’, mungkin itulah yang dimaksudkan Ketua Divisyen N Hyundai, Albert Biermann ketika ditemui wartawan dalam acara previu Veloster N sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 di Detroit, Amerika Syarikat (AS).

Biermann nampaknya begitu yakin bahawa barisan produk N yang dihasilkan divisyen prestasi Hyundai itu mampu mencabar barisan hatchback prestasi Volkswagen seperti Golf GTI yang kerap digembar-gemburkan sebagai hot-hatch terbaik dunia.

BACA >>> Hyundai Veloster (2019) Serba Baharu Tampil Lebih Mengancam

Menurut Biermann, Golf GTI memang kereta yang bagus, tetapi tidak cukup bagus di trek. Sebaliknya, Veloster standard dan Veloster N baharu dihasilkan berasaskan pemanduan trek.

VELOSTER N LEBIH SERONOK DIPANDU

“Katanya, GTI sesuai untuk pemanduan trek, tetapi jika kamu pandu GTI standard, ia tidak seperti itu. Dengan N kami jelas mahu jadi lebih sesuai untuk pemanduan trek, dan berikan ia lebih karakter. Paling penting, jadikan ia lebih seronok dipandu,” kata Biermann, berterus-terang.

Secara lebih spesifik, Biermann mendakwa Golf GTI ‘punah’ selepas dipandu beberapa pusingan trek dan apabila ditanya apakah yang ‘punah’, bekas orang kuat BMW itu berkata, ‘semuanya’.

BACA >>> #Spyshot: Foto Volkswagen Golf Mk7 Facelift Sudah Bocor

Bagaimana, Pengarah Urusan Volkswagen di Australia, Michael Bartsch menyifatkan kenyataan bikin panas Biermann itu sebagai ‘sampah’ (rubbish) dan ‘syok sendiri’ kerana produk N pun belum teruji di pasaran

Perang mulut antara dua eksekutif tinggi dalam dunia automotif sangat jarang berlaku. Apapun, masing-masing pengeluar akan menganggap produk masing-masing sebagai terbaik. Apapun, kenyataan berani Biermann itu jelas menunjukkan keyakinan tinggi beliau dan pasukannya tentang barisan prestasi N.

HYUNDAI VELOSTER N
VOLKSWAGEN GOLF GTI
Albert Biermann Auto Terkini hyundai Hyundai N Hyundai Veloster N NAIAS 2018 Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 Roda4 Volkswagen Volkswagen Golf GTI
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.