Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Foto Volkswagen Golf Mk7 Facelift Sudah Bocor
Auto Terkini

#Spyshot: Foto Volkswagen Golf Mk7 Facelift Sudah Bocor

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Golf Mk7 versi dipertingkat (facelift) secara rasmi dilancarkan pada November 2016, dan mula dipasarkan di Eropah dan rantau lain pada awal tahun lalu. Sayangnya, model hot-hatch prestasi tinggi itu tidak tiba di Malaysia, sebaliknya cuma sudi menunjukkan muka di tanah seberang, Indonesia.

Malah, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) tidak menyenaraikan model tersebut dalam barisan produk baru 2017. Tetapi itu tidak bermaksud Golf facelift itu tidak akan muncul langsung kerana kami baru saja terserempak hatchback Jerman tersebut. Apakah imej spyshot Golf Mk7 itu menandakan kedatangan model itu ke Malaysia dalam masa terdekat?

UJIAN VTA

Golf Mk7 facelift difahamkan sedang menjalani Ujian Pengesahan Kenderaan (VTA), terdiri daripada Golf TSI, Golf GTI dan Golf R. Secara kasar, model itu menerima kemas kini baharu seperti lampu utama LED penuh dan lampu siang (DRL) yang juga versi LED. Malah, lampu belakang LED penuh turut menjadi ciri standard semua model.

Versi GTI (gambar atas) terlihat jalur merah panjang di bawah lampu yang dipadankan bar gril depan bersama lencana GTI, juga tertera di sisi fender. Bahagian bampar turut diperbaharui.

BACA >>> Volkswagen Golf Facelift – Hadir Dalam 2 Varian Berbeza#RetroAuto: Asal-Usul ‘Kerusi Pelikat’ Volkswagen Golf GTI

Ruang kabin menerima perubahan minimalis dengan kemasan upholsteri dikemas kini. Paling banyak ialah penambahbaikan terhadap  ciri teknologi yang dimulakan sistem hiburan. Skrin kini dibesarkan, bermula 6.5 inci bagi unit standard dan 9.2 inci (premium).

Lebih menarik, kluster instrumen Paparan Info Aktif 12.3 inci yang ditampilkan pada Passat B8, kini ditawarkan pada Golf facelift. Malah, Golf versi dipertingkat turut dipasangkan kit keselamatan baharu daripada Passat iaitu fungsi Brek Kecemasan Bandar (CEB).

TIGA VARIAN UNTUK DIPILIH

Golf TSI versi global dilengkapi enjin 4-silinder 1.5L pengecas turbo berkuasa 148hp dan tork 250Nm, manakala Golf GTI dijana enjin 2.0L TSI berkuasa 227hp dengan paduan transmisi 7-kelajuan DSG, menggantikan versi terdahulu, 6-kelajuan.

BACA >>> Volkswagen Golf GTI TCR (2018) Dapat Facelift Baharu, Tampil Lebih Berkuasa

Golf R pula pastinya lebih berkuasa yang mana enjin 2.0L pengecas turbo itu berupaya meledakkan kuasa 306hp dan tork maksimum 400Nm yang membolehkan Golf R memecut dari 0-100kmj sepantas 4.6 saat, lebih pantas berbanding versi lama. Angka prestasi ituIa dapat dicapai dengan bantuan sistem pacuan empat roda (4WD) dan transmisi 7-kelajuan DSG.

Bilakah model tersebut akan tiba di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Auto Terkini Facelift Golf Golf facelift hatchback hot-hatch Roda4 Spyshot Ujian Pengesahan Kenderaan (VTA) Volkswagen Volkswagen Golf Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) VPCM vw
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.