Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Varian Baharu, Kia Sportage 2.0 EX Diperkenalkan di Malaysia – Harga RM129,888
Roda4

Varian Baharu, Kia Sportage 2.0 EX Diperkenalkan di Malaysia – Harga RM129,888

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Kia Malaysia menambah satu lagi varian baharu, Kia Sportage 2.0 EX untuk pasaran tempatan. Pengemaskinian kosmetik terbaharu ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dibuat supaya tampil lebih segar dan relevan di pasaran massa selain memberikan pilihan berbeza kepada pelanggan.

Sportage 2.0 EX kini diserlahkan dengan padanan rim aloi 18-inci, sensor parkir depan dan belakang, sensor hujan dan cermin sisi boleh lipat dengan signal ulang (repeater). Imej garang diserlahkan menerusi lampu depan elegan bersama lampu siang (DRL )LED dan dilengkapkan gril signatur Kia – hidung harimau.

Pemilikan SUV sporty itu ditingkatkan menerusi ciri  masukan tanpa kunci, butang mula-henti, dan penyaman udara automatik. Malah sistem audio 5-inci digantikan skrin sentuh lebih besar bersaiz 7-inci dengan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

Keselamatan pemanduan malam dibekalkan ciri cermin elektrokromik(ECM) dan cermin pandang belakang auto-malap. Demi ketenangan minda pemilik, Kia Sportage didatangkan dengan 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Stabiliti Kenderaan Kenderaan (VSC) dan Bantuan Mula Daki (HAC).

Material Keluli Berkekuatan Tinggi Termaju (AHSS) untuk struktur binaan badan menyumbang kepada rating 5-bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran Euro NCAP.

HARGA RM130k

Sportage 2.0 EX dijual pada harga RM129,888 dengan 5 pilihan warna hitam, biru, merah, putih mutiara dan perak. Model itu didatangkan dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Serentak pengenalan Sportage 2.0 EX di pasaran, yang dijual bersama Sportage GT Diesel AWD, Naza Kia Malaysia memutuskan menamatkan pengeluaran dua lagi varian:  Sportage GT Petrol 2WD dan Sportage KX.

 

Kia Malaysia Kia Sportage Kia Sportage 2.0 EX Kia Sportage GT Diesel AWD Kia Sportage GT Petrol 2WD Kia Sportage KX Naza Kia Malaysia Sportage SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    23/04/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

    23/04/2026
    Auto Terkini

    Horse W30, Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid Dengan Kuasa Lebih 476 ps/600Nm!

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.