Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai…
Autotainment

Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai…

Han OthmanBy Han Othman16/03/20262 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KATA pepatah, lain padang lain belalang. Begitu juga dengan undang-undang jalan raya di setiap negara seluruh dunia. Rasanya undang-undang negara kita tiada yang pelik, semuanya munasabah dan ada alasan konkrit mengapa ia dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, memang wujud undang-undang jalan raya yang pelik di sesebuah negara. Kadang-kadang macam mengada-ngada pun ada. Senarai di bawah ialah beberapa perlakuan pemandu yang dianggap SALAH jika dibuat di negara tersebut. Kalau masih degil, terimalah saman!

BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

Australia

Membiarkan kunci pada suis penghidup tanpa berada dekat kenderaan – Mungkin banyak kecurian kat sana.

China

Beri laluan kepada pejalan kaki melintas jalan – Nak tolong orang melintas, kita pula yang kena saman. Haru!

Cyprus

Minum semasa memandu – Ini terpakai untuk semua jenis minuman, bukan arak sahaja. Itulah siapa suruh tak bungkus air ikat tepi.

Denmark

Menghidupkan kenderaan tanpa memeriksa lampu, brek, stereng dan hon. Anda juga mesti keluar melihat sekeliling kereta bagi memastikan tiada kanak-kanak menyorok atau bermain berhampiran – Dah macam kat sekolah memandu, rajin pula polis nak meng-usya.

Finland

Bermain muzik dalam teksi tanpa lesen yang sesuai – Pehh… Dah macam zaman Jepun, dengar radio kena ada lesen!

Perancis

Tidak bawa kit uji paras alkohol – Nampak sangat orang Perancis kuat minum.

Iran

Kuatkan radio, pemandu wanita berpakaian tidak elok atau kurang sopan, membawa binatang peliharaan – Elok juga. Kurang sikit eksiden sebab nampak makwe seksi.

Itali

Memandu melewati zon bersejarah tanpa permit khas – Patut la cantik dan terjaga elok tempat bersejarah kat sana.

Jepun

Melanggar lopak air atau selut hingga terkena pejalan kaki – Kalau kat Malaysia, jenuh berderet saman keluar masa musim hujan.

Korea Utara

Wanita menunggang basikal – Puas fikir sebab apa tak boleh? Basikal je kot!

Rusia

Memandu kenderaan kotor – Boleh fikir buka car wash kat sana.

Arab Saudi

Wanita memandu – Pun jenuh fikir sebab apa tak boleh. Masih tak faham. (KEMAS KINI: sudah dibolehkan)

BACA >>> Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)

Afrika Selatan

Tidak berhenti ketika pengembala beri isyarat mahu melintas dengan haiwan ternakan – Hidup pengembala!

Sepanyol

Memandu tanpa ekstra cermin mata dalam kereta – Ingat tayar saja kena ada spare. Cermin mata pun sama!

Switzerland

Cuci kereta pada Ahad – Bagus juga. Boleh jimat air atau cuci sendiri.

Thailand

Memandu tanpa berbaju – Mungkin sebelum ini orang Siam selalu drive tak pakai baju.

Turkiye

Tiada segi tiga amaran reflektif, pemadam api dan kit kecemasan dalam kereta – Ini terbaik. Kalau jadi apa-apa tak payah nak pinjam drebar sebelah.

Britain

Bawa binatang berpenyakit dan mayat dalam teksi – Peh… mesti ada kes bawa mayat dalam teksi sebelum ni.

Malaysia

Tidak masuk lorong kecemasan ketika lalu lintas sesak, kalau tak masuk akan kena saman! – Hehehe. Ini gurau je. Hang jangan nak serius sangat!

lorong-kecemasan

autotainment jalan raya malaysia pandu cermat jiwa selamat tahukah anda undang-undang jalan raya pelik
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

2 Comments

  1. Lyana on 14/02/2018 14:03

    Hahahakkksss… Mencuit hati. Heran juga kat Findland, Korea Utara, Sepanyol & Switzerland

    Reply
  2. Zaini Wahid on 19/08/2019 18:32

    Aku rasa, peraturan jalanraya Denmark, Australia dan Afrika Selatan antara yang terbaik, ia dapat menjamin keselamatan nyawa dan kenderaan di jalanraya.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.