UMW Toyota Motor (UMWT) membawa masuk dua model kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dan Toyota Vellfire 2.5 ke pasaran Malaysia.
Kedua-dua model MPV 7-kerusi mewah itu ditala mengikut kesesuaian jalan raya di Malaysia dan patuh semua regulasi dalam Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Toyota Alphard dan Vellfire (2023) ialah model generasi keempat yang dibina berasaskan falsafah omotenashi dengan menumpukan aspek perincian sekecil-kecilnya demi keperluan pengguna. Berikut perincian diberikan:
HARGA
- Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge: RM538,000
- Toyota Vellfire 2.5: RM438,000
* Harga jualan tanpa insurans
REKABENTUK LUARAN
- Toyota Alphard dan Vellfire mengekalkan rekabentuk sekotak, iaitu karakter standard semua jenis MPV.
- Memiliki dimensi panjang 5,010mm dan lebar 1,850mm yang memenuhi syarat standard sistem parkir di Jepun.
- Direka mengikut tema Forceful x IMPACT LUXURY.
- Lampu utama jenis tirus berasaskan teknologi LED penuh.
- Ada lampu signal belok sekuensial, lampu belok dan lampu siang (DRL), juga LED.
- Kedua-dau model memiliki rekabentuk lampu berbeza pada bahagian depan dan belakang.
- Rim kedua-dua model jenis aloi ringan 19 inci dengan rekabentuk lebih segar, dan dibalut tayar 225/55.
WARNA
- Alphard: Platinum White Pearl, Precious Metal (putih), Precious Leo-Blond (seakan tembaga) dan Black (hitam). Ada dua warna kabin, iaitu Beige atau Black.
- Vellfire: Platinum White Pearl (putih), Precious Metal (perak) dan Black (hitam), manakala ruang kabin hitam.
TRENKUASA
Toyota Alphard
- Tiada lagi trenkuasa 3.5L V6 2GR-FE.
- Alphard generasi keempat ini dipasang enjin 4-silinder 2.4L Dual VVT-i (T24AFTS).
- Walaupun diturunkan kapasiti, model baharu ini hadir dengan sistem pengecas turbo dan intercooler yang menawarkan output kuasa 276hp (278ps) @ 6,000rpm dan tork 430Nm @ 1,700-3,600 rpm (angkaa tork naik 19.1 peratus atau 69Nm berbanding model terdahulu).
- Lejang pedal minyak dipendekkan untuk menambah baik respons pecutan lebih pantas.
- Hantaran kuasa ke roda depan dibantu sistem transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift dengan mod manual sekuensial.
- Anjakan gear manual boleh dibuat dengan menolak tombol atau menggunakan pedal syif belakang stereng.
- Ada mod ECO untuk membantu menjimatkan penggunaan bahan api.
Toyota Vellfire
- Kekal dengan trenkuasa asal, petrol 4-silinder 2.5L Dual VVT-i (2AR-FE).
- Output kuasa dipertingkat 2ps kepada 182PS (180hp) @ 6,000rpm. Tork pula 235Nm @ 4,100rpm.
- Sistem pacuan roda depan (FWD) dan transmisi automatik CVT 7-kelajuan.
PLATFORM BAHARU
- Toyota Alphard dan Vellfire (2024) kini menggunakan platform baharu Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) GA-K.
- Aspek pemanduan dan pengendalian ditambah baik untuk meningkatkan ketegaran model generasi keempat Alphard dan Vellfire menerusi penggunaan roker lurus (straight rockers) dan peneguh (brace) bentuk-V di bawah-belakang struktur kenderaan.
- Ketegaran kini ditperingkat 50 peratus lebih baik berbanding struktur model lama.
- Vellfire menerima peneguh prestasi depan (Front Performance Brace) yang menghubungkan sambungan sokongan radiator dan anggote sisi (side member). Ini membantu menguatkan ketegaran badan dan pecutan lebih stabil dari titik pegun.
- Beberapa ciri antigetar ditambah pada kedua-dua model untuk membantu mengurangkan kesan ketaran kira-kira 30 peratus berbanding model lama.
- Menggunakan suspensi strut MacPherson (depan), dan double-wishbone di belakang.
- Alphard mendapat absober boleh laras yang berfungsi meredamkan getaran permukaan jalan.
- Ada material redaman bunyi pada kowl untuk mengurangkan bunyi bising jalan raya.
- Bentuk bonet, cermin sisi pada pintu dan pilar-A membantu mengurangkan bunyi seretan angin.
- Cermin akustik depan dan sisi pada Alphard.
- Toyota juga menggunakan gelombang frekuensi imbang untuk memastikan suasana kabin lebih senyap.
- Kedua-dua model dipasang motor elektrik pada stereng (EPS) untuk memudahkan pengemudian dan kawalan di kawasan bandar dan parkir. Unit motor turut mengurangkan stress pengendalian kerana tidak menggunakan tenaga dari enjin.
DALAMAN
- Sspek keselesaan kerusi penumpang belakang diberi keutamaan dalam rekabentuk ruang dalaman.
- Menumpukan aspek menjadikan kabin MPV ini sebagai pejabat bergerak dengan keselesaan seperti berada di ruang tamu sebuah kediaman. Ini dapat dilihat pada ciri mewah dan kemudahan pada setiap aspek dalam kabin.
- Ruang antara kerusi ditambah yang memerlukan modifikasi pada kedua-dua kedudukan posisi pemanduan, binaan kerusi dan beberapa aspek lain supaya ruang lebih luas.
- Sistem pencahayaan kabin atau ambien turut meningkatkan rasa mewah dalam kabin.
- Alphard menerima kemasan Uzuramoku menerusi penggunaan paten urat kayu unik pada panel instrumen, roda stereng dan kawasan sekeliling pembesar suara.
- Vellfire juga menerima kemasan urat kayu untuk roda stereng dan bahagian pembesar suara.
- Kerusi Alphard menerima balutan upholsteri kulit tulen premium Nappa. Tempat duduk jenis VIP dengan fungsi Power Recline, Relax Mode dan Ottoman. Juga ada tambahan fungsi kerusi urut, pemanas kerusi dengan pengudaraan di bahagian perehat tangan dan Ottoman.
- Vellfire menerima balutan material kulit sintetik sebagai ciri standard.
- Kerusi Vellfire juga dilengkapi ciri Power Executive Seat dengan Power Recline, Ottoman dan pemanas kerusi dengan pengudaraan.
- Bagaimanapun, hanya Alphard ada mekanisme baharu power walk-in untuk akses ke kerusi belakang.
- Alphard dilengkapi meja boleh pusing vertikal atau horizontal, dan cermin solek.
- Tambahan lain Alphard ialah alat kawalan seperti telefon pintar untuk mengubah tetapan sistem bunyi, penyaman udara dan sistem pengudaraan. Alphard juga dilengkapi NanoeX ionizer sebagai sebahagian sistem pengudaraan.
- Ada skrin 14 inci dalam kabin Alphard.
- Ada dua bumbung cermin panoramik memanjang yang boleh dibuat berasingan.
- Toyota juga memberikan penghadang cahaya matahari cermin sisi boleh naik-turun dengan menekan butang.
- Butang kawalan lampu ambien, pelbagai suis dan penyaman udara kini ditempatkan pada panel konsol tengah siling kenderaan.
- Kerusi pemandu boleh laras 8-tetapan dan ada fungsi memori.
- Unit infotainment berwarna kini bersaiz 12.3 inci dan disatukan dengan skrin paparan pelbagai maklumat (MID).
- Alphard juga ada paparan dongak (HUD).
- Hendal pintu ada butang arah untuk buka-tutup pintu gelangsar.
- Pintu belakang boleh dibuka menggunakan alat kawalan jauh, atau tekan butang bawah lampu brek belakang (kedua-dua sisi).
TOYOTA SAFETY SENSE (TSS) 3.0
- Model generasi baharu Toyota Alphard dan Vellfire ini dilengkapi teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) versi ketiga (TSS 3.0) yang membantu meningkatkan aspek keselamatan kenderaan.
- TSS3 menerima naik taraf kamera pandang depan resolusi lebih tinggi dan sudut luas dengan tambahan sensor radar untuk imbasan lebihluas dan jauh.
- Tambahan lain ialah Sistem Pra-Pelanggaran (PCS).
- Sistem Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) kini lebih jauh dengan 4-tetapan berbanding tiga sebelum ini.
- Sistem Kawalan Selekoh (CCS) akan melaras halaju ketika melalui jalan berselekoh.
- Amaran Keluar Lorong (LDA) akan memberi amaran jika pemandu keluar lorong dalam halaju 50kmj ke atas. LDA juga kini mendapat ciri pengecaman lorong lebih baik untuk mengesan objek tiga dimensi (3D) tertentu.
- Bantuan Tanda Jalan (RSA) membantu meningkat kesedaran pemandu mengenai papan tanda amaran di jalan. Di Malaysia, RSA dapat mengesan papan tanda halaju.
- Sistem Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHS).
- Sistem Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan Sokongan Brek Parkir (PSB).
- Ada enam beg udara SRS dan tali keledar 3-pin, serta pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
- Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Kawalan Traksi (TRC).
- Brek Pegun dengan Kawalan Bantuan Bukit (HAC).
- Cermin pandang belakang baharu, Digital Inner Mirror membolehkan pemandu melihat situasi belakang MPV. Paparan suasana sebenar pada cermin dibekalkan unit kamera di belakang.
WARANTI DAN SOKONGAN SELEPAS JUALAN
- Alphard dan Vellfire hadir dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, dan boleh dipindahkan kepada pemilik baharu jika dijual semula.
- Pelanggan juga mendapat sokongan perkhidmatan selepas jualan, termasuk kebolehdapatan alat ganti tulen Toyota Genuine Parts dari semua pusat servis rasmi Toyota seluruh negara.
Leave a Reply