Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMW Toyota Serah Lima Kenderaan Elektrifikasi kepada MOT, Sokong Mobiliti Hijau Negara
Auto Terkini

UMW Toyota Serah Lima Kenderaan Elektrifikasi kepada MOT, Sokong Mobiliti Hijau Negara

Han OthmanBy Han Othman30/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) memberikan komitmen serius terhadap usaha mobiliti mampan negara apabila menyerahkan lima unit kenderaan elektrifikasi kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai simbol sokongan terhadap agenda rendah karbon nasional.

Barisan model diserahkan itu melibatkan tiga unit kenderaan hibrid elektrik (HEV), iaitu Toyota Alphard, Camry dan Corolla Cross, serta dua model bateri elektrik (BEV), iaitu Toyota bZ4X dan Lexus RZ. Inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada MOT untuk menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam konteks penggunaan harian sektor awam.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K (paling kanan) berkata, usaha ini bukan sekadar simbolik, tetapi pendekatan strategik dalam menyokong peralihan Malaysia ke arah emisi karbon sifar menjelang 2050.

Beliau menegaskan, melalui pendekatan Multipathway Toyota, pelbagai teknologi elektrifikasi seperti HEV, BEV, PHEV (hibrid plug-in) dan FCEV (kenderaan elektrik sel bahan api) ditawarkan untuk memastikan tiada segmen masyarakat yang tercicir dalam peralihan tersebut.

Selain mengurangkan emisi karbon, pendekatan itu juga lebih inklusif dan pragmatik kerana disesuaikan mengikut kemampuan, infrastruktur dan kesediaan pengguna, sekali gus memberi ruang untuk beralih secara progresif tanpa beban perubahan drastik.

Pengarah Eksekutif UMW Toyota, Mohd Shamsor Mohd Zain (berdiri kiri) berkata, teknologi hibrid kekal menjadi komponen penting dalam pelan elektrifikasi Toyota, terutama di negara membangun seperti Malaysia. Dengan keupayaan mengurangkan emisi karbon serta-merta tanpa perlu perubahan besar terhadap infrastruktur, hibrid dilihat sebagai solusi peralihan paling praktikal.

Inisiatif kerjasama itu juga menyokong Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, yang mensasarkan peningkatan penggunaan kenderaan elektrifikasi (xEV) kepada 15 peratus menjelang 2030 dan 38 peratus menjelang 2040. Ini sejajar Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menekankan peranan sektor swasta dalam mempercepat usaha kelestarian.

Melalui pengalaman langsung pegawai MOT menggunakan teknologi berkenaan, Kerajaan akan dapat membentuk dasar yang lebih berteraskan data, realistik dan berpandangan jauh. UMW Toyota percaya pembentukan dasar lebih cekap dan lestari memerlukan kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta.

Dengan visi ‘Move Your World’, UMW Toyota bukan saja berusaha membawa penyelesaian mobiliti inovatif, tetapi turut memainkan peranan sebagai pemangkin perubahan, dari segi dasar, kesedaran pengguna dan pendidikan awam ke arah masa depan mobiliti negara yang lebih hijau dan berdaya tahan.

Auto Terkini Dasar Tenaga Negara 2022-2040 Kementerian Pengangkutan (MOT) kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 Toyota Toyota Malaysia UMW Toyota Motor (UMWT) UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.