Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»UMW Toyota Buka Tempahan Hilux Black Edition, Fortuner dan Innova Facelift
Roda4

UMW Toyota Buka Tempahan Hilux Black Edition, Fortuner dan Innova Facelift

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMW Toyota) memperkenalkan versi kemas kini untuk tiga model: Toyota Hilux, Fortuner dan Innova supaya tampil lebih segar dan relevan di pasaran. Tempahan dibuka bermula 16 Ogos di semua bilik pameran Toyota seluruh negara.

1. TOYOTA HILUX BLACK EDITION

Hilux 2.8 Black Edition kini menggantikan Hilux 2.8 L-Edition, yang yang kini tampil lebih menonjol dengan gabungan warna luaran hitam dan kelabu gelap, manakala kemasan hitam berkilat untuk hendal pintu, perumah lampu kabus, cermin sisi dan rim 18 inci.

Sementara itu, kemasan kelabu gelap digunakan pada pelindung bampar dan gril. Tidak ketinggalan trak pikap berkenaan juga menerima sistem infotainment baharu dengan skrin paparan 6.75-inci yang lebih jelas. Sistem konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay didatangkan standard bersama perakam video digital (DVR) di belakang.

Ciri lain yang ditawarkan ialah Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dengan yuran langganan percuma selama tiga tahun melalui pembelian pakej insurans Toyota.  Hilux 2.8 Black Edition ialah varian Hilux paling premium yang dijual pada harga RM139,888.

BACA >>> Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal


2. TOYOTA FORTUNER

Toyota Fortuner 2.7 SRZ dan 2.4 VRZ versi kemas kini dilengkapi dengan sistem operasi (OS) Android Auto dan Apple CarPlay sebagai ciri standard, bersama skrin 9 inci untuk sistem infotainment kenderaan. Skrin baharu ini lebih mudah dan jelas untuk penglihatan.

Varian Fortuner 2.4 juga ditawarkan dengan 7 beg udara, termasuk beg udara tirai pada bahagian tingkap, sekali gus menjadikan ruang kabin lebih selamat sekiranya berlaku perlanggaran selain mengurangkan kemungkinan penumpang tercampak ke luar kenderaan.

Pelanggan kini boleh memilih DVR di belakang sebagai opsyen tambahan untuk ciri sama yang sudah ada di depan dengan setiap pembelian Fortuner baharu. Harga Fortuner 2.7 SRZ (auto) dan 2.4 VRZ (auto) tidak berubah, masing-masing RM181,200 dan RM195,600. Bagaimanapun, varian 2.4 (auto) kini dijual pada harga RM171,500.

BACA >>> Toyota Perkenal Ciri A-TRC untuk Fortuner, Kemas Kini Innova dan Hilux


3. TOYOTA INNOVA

Kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Innova 2.0X dan 2.0G turut didatangkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay sebagai ciri konektiviti standard dengan skrin 9-inci bagi sistem infotainment disediakan. Selain itu, MPV ini juga dipakejkan dengan dua ciri keselamatan tambahan iaitu Monitor Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Pelanggan juga boleh menambah sistem DVR di depan dan belakang. Dengan tempahan ketika pembelian, pemasangan akan dibuat di pusat aksesori khas UMW Toyota.

Ada tiga varian Innova ditawarkan: 2.0X, 2.0G dan 2.0E yang semua dalam transmisi automatik. Harga ketiga-tiga varian masih kekal sama:

  • 2.0E – RM115,280
  • 2.0G – RM123,400
  • 2.0X – RM132,400

BACA >>> Amukan Toyota – Serentak Perkenalkan Innova 2.0X, Tambah Varian Fortuner dan Naik Taraf Hilux!

Kenderaan Utitili Sukan (SUV) MPV Roda4 Toyota Toyota Fortuner Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x2 toyota fortuner 2.7 srz 4x4 Toyota Fortuner Facelift Toyota Hilux Toyota Hilux (2019) Toyota Hilux Black Edition Toyota Innova Toyota Innova 2.0X Toyota Innova Facelift UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.