Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»UK Lancar KTM 1290 Super Adventure R (2021), Harga RM94k
Roda2

UK Lancar KTM 1290 Super Adventure R (2021), Harga RM94k

WahidBy Wahid17/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM 1290 Super Adventure R (2021)
dilancarkan menyusuli 1290 Super Adventure S yang diperkenalkan beberapa minggu lalu.

Model baharu ini melengkapkan barisan model siri Super Adventure sebagai jentera yang dibangunkan  untuk aktivi off-road.

Seperti model ‘S’, model ‘R’ ini mempunyai pusat graviti (centre of gravity, CoG) lebih rendah, casis dipertingkat, pekej elektronik baharu dan beberapa ciri moden lain.

BACA >>> Mungkinkah ini Rupa KTM RC390 (2022) Serba Baharu?
BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada

Apa yang menarik mengenai 1290 Super Adventure R (2021):

  • Dijana enjin V-Twin 1301cc diperbaharui. Komponen penyejukan cecair kini dibahagikan kepada dua bahagian dengan beberapa pembaharuan lain seperti penutup enjin dan piston baharu, salutan silinder dan ekzos baharu yang mengurangkan berat enjin sebanyak 1.6 kg.
  • Kuasa enjin masih dikekalkan pada 158hp tetapi mungkin ditala lebih jinak.
  • Jarak antara servis dilanjutkan kepada 15,000km.
  • KTM mendakwa enjin baharu ini menjimatkan petrol pada kadar 4.74 liter per 100km.
  • Bahagian belakang motosikal dipasangkan swingarm baharu lebih panjang supaya lebih stabil dalam halaju tinggi.
  • Kepala stereng dianjak ke belakang 15mm untuk meningkatkan ketangkasan membelok.
  • Rekabentuk motosikal diubah untuk mendapatkan ekstra kapasiti tangki petrol 23 liter di kedua sisi bawah enjin. Posisi tangki itu juga memberikan CoG lebih rendah untuk pengendalian lebih tangkas, terutama dalam halaju  rendah ketika menunggang off-road.
  • Anjakan posisi tangki petrol membolehkan KTM menghasilkan frem bawah pelana baharu yang leih rendah, 880mm, iaitu 10mm lebih rendah berbanding model lama.
  • Sistem suspensi seperti fork depan dan monoshock belakang menggunakan unit WP EXLOR dengan jarak travel 220mm.
  • Rim jejari (spoked) menggunakan material aluminium buatan ALPINA dan dibalut tayar jenis tiubles.
  • Seperti model KTM lain, model baharu ini dilengkapi panel meter skrin TFT 7 inci baharu dengan ciri konektiviti Bluetooth yang noleh dihubungkan kepada telefon pintar.
  • Ada juga mod enjin dan sistem kawalan traksi (TC) dengan tambahan opsyen Rally membabitkan ciri kawalan terotel dan sembilan tahap cengkaman roda belakang.
  • Namun, model ‘R’ ini tidak dilengkapi ciri kawalan jelajah (cruise control) menggunakan radar seperti terdapat pada model ‘S’.
  • Ciri lain dibekalkan ialah ABS belokan, ABS Off-Road, dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Didatangkan dalam pilihan warna baharu seperti 990 Adventure terdahulu, iaitu campuran warna biru, jingga dan putih.

  • Tangki petrol dilindungi frem keluli jingga yang menjadi imej signatur KTM sekian lama.
  • Di Britain, model advencer ini dijual pada harga £15,999, (RM94,000). Harga di Malaysia pasti lebih mahal apabila ditambah kos lain seperti duti import, cukai jualan, AP import dan sebagainya.

BACA >>> KTM Malaysia Lancar 1290 Super Adventure S (2021), Harga Mula RM132k!
BACA >>> KTM 1290 Super Duke RR (2021) Edisi Terhad Habis Jual dalam Masa 48 Minit

SUMBER: KTM

Advencer Auto Terkini KTM KTM 1290 Super Adventure R (2021) KTM UK roda2
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.