Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UK Buka Tempahan Honda e, Harga Bermula £26k (RM135k)
Auto Terkini

UK Buka Tempahan Honda e, Harga Bermula £26k (RM135k)

Han OthmanBy Han Othman13/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA elektrik plug-in pengeluaran pertama Honda akan dijual bermula £26,160 (RM135,060) selepas mendapat geran kenderaan elektrik (EV) daripada Kerajaan Britain.

Apabila kali pertama prototaip Honda e diperkenalkan, ramai menjangka harga model EV itu akan dijual mahal untuk versi pengeluaran. Namun, pada harga di bawah £30,000 (RM154,880) untuk pasaran EV sedunia, harga berkenaan boleh dikatakan tidak mahal seperti dirisaukan ramai orang.

Selepas mendapat geran EV berjumlah £3,500 (RM18,070) diberikan Kerajaan, julat harga Honda e akan bermula serendah £26,160 (RM135,060) untuk varian aras mula berkuasa 134hp. Cuma lebih mahal £1,000 (RM5,160) daripada Peugeot e-208 dengan jarak pemanduan lebih jauh.

Jika mahukan varian Advance dengan motor berkuasa 152hp, harga Honda e meningkat kepada £28,660 (RM148,060). Pemilik juga akan menerusi Sistem Cermin Berpusat (Centre Mirror System, CMS), Pilot Parkir Honda (Honda Parking Pilot, HPP) dan sistem bunyi lebih baik.

Pembeli juga ditawarkan pembelian secara ansuran serendah £299/bulan selama 36 bulan untuk varian asas dengan deposit £5887.37 (RM30,395), atau £349/bulan dengan deposit £5,858.94 (RM30,267)

Trenkuasa Honda e menawarkan tork setinggi 315Nm dengan kelajuan 100kmj dapat dicapai dalam masa 8 saat, manakala jarak pemanduan sejauh lebih 220km sebelum perlu dicas semula. Bateri kereta ini cuma memerlukan 30 minit untuk dicas hingga 80 peratus.

Dari segi rekabentuk, Honda menampilkan konsep rekaan serba baharu sepenuhnya pada ruang kabin Honda e, jauh berbeza dengan model-model konvensional Honda lain. Sistem infotainment direka dalam bentuk panel skrin horizontal yang melintang sepanjang papan pemuka.

Panel skrin Honda e terdiri daripada lima skrin utama, iaitu:

  • Kluster istrumen digital
  • Paparan tengah
  • Paparan penumpang sebelah
  • 2 skrin (kiri dan kanan) untuk cermin kamera CMS sebagai ganti fungsi cermin sisi konvensional di luar

Tempahan Honda e Advance kini sudah dibuka untuk pembeli Britain, dan penghantaran akan bermula tahun depan!

SUMBER: CarThrottle

EV Honda Honda E Honda UK Kenderaan Elektrik (EV)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.