Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ujian Memandu Akan Guna Sensor dan Kamera, Tiada Lagi Abang JPJ di Sebelah
Auto Terkini

Ujian Memandu Akan Guna Sensor dan Kamera, Tiada Lagi Abang JPJ di Sebelah

Han OthmanBy Han Othman27/08/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UJIAN memandu menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bakal menggantikan ujian memandu konvensional yang memerlukan kehadiran pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebelah pemandu, menurut laporan TheStar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kementeriannya sangat menyokong sistem ujian elektronik, tetapi beberapa perkara perlu dilakukan sebelum diluluskan.

“Suatu hari nanti, e-ujian akhirnya akan menggantkan ujian fizikal manual.

“Bagaimanapun, institut memandu perlu melepasi beberapa proses untuk mendapat kelulusan sebelum dilaksanakan,” kata Loke dalam sidang media di Pulau Pinang, Jumaat lalu.

BACA >>> Baru Lulus Ujian Memandu Tidak Sampai Sejam Sudah Kena Gantung Lesen

Menurut Loke, pelaksanaan sistem e-ujian itu bukan keperluan yang mendesak dan kementerian tidak tergesa-gesa untuk melaksanakannya. Namun, apabila sudah dibuat sepenuhnya, tiada lagi campur tangan pegawai pemeriksa daripada JPJ.

“Tiada lagi pegawai JPJ duduk di sebelah pemandu untuk memeriksa. Sebaliknya digantikan dengan sensor dan kamera di trek dan dalam kereta. Kita akan pergi peringkat ke peringkat. Kita masih pada tahap awal, kemudian baru kita akan benarkan kedua-dua kaedah, e-ujian dan manual.

“Ada institut memandu di kawasan pedalaman tiada Internet atau sambungan lemah yang mana sistem tidak dapat bekerja. Institut memandu mesti mohon secara rasmi kepada JPJ untuk guna sistem tersebut, bentangkan konsep, buat ujian pilot, uruskan ujian penerimaan pengguna dan ujian penerimaan akhir sebelum sistem berkenaan diluluskan.

“Ia mesti melepasi piawaian ditetapkan JPJ,” kata Loke.

BACA >>> Kajian: Remaja Britain Tidak Mampu Bayar Lesen Memandu (Mahal Sangat!)

Menurutnya, apabila sistem berkenaan diluluskan, e-ujian itu nanti dapat menjimatkan masa dan sumber untuk JPJ. Ia juga akan disepadukan dengan sistem mySIKAP di JPJ dan pemandu boleh terus mengambil lesen memandu sebaik saja lulus ujian.

“Ia cuma ada lulus atau gagal. Jika tidak gembira dengan keputusan, mereka boleh cabar dan lihat rakaman kamera,” katanya lagi.

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini e-Ujian lesen memandu Sekolah Memandu Ujian Elektronik Ujian Memandu Ujian Memandu Elektronik
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026

2 Comments

  1. Pengguna on 02/09/2019 07:09

    Macam2 la buat la apa2 jnji korg happy lepas nie jpj ramai la berenti dh smua pakai komputer dh

    Reply
  2. Jamal on 03/09/2019 13:34

    Buat ja lah apa y korang nak buat dalam tempoh 4 tahun ni…hahaha…tak habis2 susahkan rakyat..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.