Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ubah Suai Stereng Asal Jadi Macam Kereta F1, Pemilik Myvi Ini Sengaja Cari Nahas!
Auto Terkini

Ubah Suai Stereng Asal Jadi Macam Kereta F1, Pemilik Myvi Ini Sengaja Cari Nahas!

FarahBy Farah28/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH Perodua Myvi milik seorang wanita dikenali sebagai Zizie menjadi sensasi di media sosial gara-gara tindakannya mengubah suai stereng asal kepada bentuk seperti jentera lumba.

Pemilik Myvi itu memuat naik video sedang memandu dengan stereng yang dipotong bahagian  atas dan cuma meninggalkan sedikit bucu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material

Menurut pemiliknya, anggaran kasar memiliki steering seperti itu menelan kos RM2,500. 😱😱

Tidak dinafikan gaya stereng terpotong atas itu nampak sporty dan unik, tetapi rata-rata netizen berpendapat penggunaan stereng tersebut untuk kenderaan biasa tidak bersesuaian dari segi keselamatan dan kegunaan harian.

Stereng bulat tu untuk keselamatan. Kalau keselamatan diabaikan sudah pasti banyak pengeluar kenderaan buat stereng macam stereng basikal. Jimat material dan sudah pasti murah. Kenapa Tesla buat stereng begitu. Sebabnya harga baterinya sahaja sudah 80% harga kereta,” kata Zaiazwan Mohamed Sadar Jemasa.

“Elok..tapi tak practical untuk regular road driving. Bahaya,” kata Sham Sani AlPerlisi.

“Nampak cantik, tapi peratus kemalangan dia tinggi,” kata Mohd Noor Azim Nasir.

“Selamat mende.. Stereng tak cukup sifat.. 🤣,” kata Mael is.

Dalam pada itu, Zize menjelaskan, sebelum melakukan modifikasi tersebut, dia sudah bertanya yang ubah suai tersebut tidak menjejaskan fungsi beg udara.

Nasihat kami kepada Zizie. Ya, memang betul beg udara tidak terjejas, tetapi aspek pengendalian berisiko tinggi menyebabkan kemalangan. Kenapa pengeluar tidak menghasilkan stereng seperti jentera lumba?

Sebabnya di trek, pelumba tidak perlu melakukan aksi pusingan-U. Sebaliknya kereta biasa yang dipandu boleh dikatakan perlu berdepan laluan pusingan-U. Dalam situasi normal, mungkin tiada masalah. Tetapi bayangkan dalam situasi kecemasan yang memerlukan pemandu bertindak pantas seperti mengelak objek, anda sebenarnya meletakkan diri dalam bahaya!

Sebab itulah pelumba drift dan rali tidak menggunakan stereng jenis separuh seperti pelumba trek. Kepada Zize, insaflah!

BACA>>> Lelaki Kongsi Kos Baiki Lamborghini Sama Harga Myvi AV, Siap Bayar Tunai!
BACA>>> Tak Kasi Peluang Kena Pancung, Pemandu Myvi Ini Sanggup ‘Cucuk’ Masuk Bawah Lori

Myvi steering kereta steering myvi ubah suai myvi
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.