Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TVS Motor Beli Norton Motorcycles
Auto Terkini

TVS Motor Beli Norton Motorcycles

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TVS Motor Company mengumumkan pembelian jenama motosikal British, Norton Motorcycles dengan nilai tunai153 juta rupee (RM8.7 juta) yang membolehkan konglomerat automotif India itu memiliki aset tertentu Norton Motorcycles (UK) Limited menerusi salah satu subsidiari TVS Motor luar negara.

Pengarah Urusan Bersama TVS Motor Company, Sudarshan Venu berkata, ini detik penting untuk TVS Motor Company kerana Norton ialah jenama ikonik Britain yang diterima seluruh dunia, sekali gus memberikan peluang kepada syarikat untuk meluaskan skala perniagaan antarabangsa.

BACA >>> TVS Apache RR 310 Masuk Malaysia Tahun Ini, Alternatif BMW G310R yang Lebih Murah

Transaksi ini seiring usaha kami untuk memenuhi aspirasi pelanggan. Kami akan memberikan sokongan penuh kepada Norton untuk mengembalikan kegemilangan jenama itu di peringkat antarabangsa.

“Norton akan terus mengekalkan identiti tersendiri dengan rancangan perniagaan khas. TVS Motor pula akan bekerjasama rapat dengan pelanggan dan pekerja dalam membina kejayaan dan keunggulan jenama Norton Motorcycles dan berharap dapat berkembang bersama di peringkat global pada tahun mendatang,” katanya.

TVS juga yakin sinergi kukuh dengan Norton dapat memanfaatkan jaringan global kedua-dua pengeluar membabitkan keupayaan rangkaian bekalan untuk pasaran baru.

Masalah aliran tunai tidak mencukupi adalah sebab Norton Motorcycles bergelut dengan isu memenuhi tempahan pelanggan. Lebih memburukkan keadaan, pemilik terdahulu, Stuart Garner dilaporkan terbabit dalam skandal penipuan.

BACA>>>Norton Selesai Siapkan Atlas Ranger dan Atlas Nomad, Pencabar Baharu Segmen Scrambler

Walaupun Norton V4 SS Limited Edition (foto atas) habis terjual cepat pada harga £44,000 (RM240,150), tetapi dana yang diperlukan untuk mendapatkan komponen dan membina model edisi terhad itu masih tidak mencukupi. Malah Norton turut melaburkan sejumlah wang untuk model saiz pertengahan baharu dengan enjin Parallel-Twin, dinamakan Atlas Nomad dan Ranger.

Model tersebut dijangka menjadi produk pengeluaran tinggi untuk Norton, tetapi pengeluar itu tidak memiliki kemampuan untuk meluaskan kapasiti pemasangan kilang.

Susulan pengambilalihan TVS, bagaimanakah pula perjanjian Norton dan Kinetic Engineering, berpangkalan di Pune, untuk model 650 pemasangan tempatan  di India yang akan dieksport ke pasaran Asia.

BACA >>> Norton – Motosikal Legenda Perang Dunia Jengah Pasaran Indonesia

SUMBER: AutoCarIndia

beli pegangan saham Norton Atlas Nomad Norton Atlas Ranger Norton Motorcycles Norton V4 SS roda2 Sudarshan Venu TVS Motor Company
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.