• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Norton - Motosikal Legenda Perang Dunia Jengah Pasaran Indonesia

Norton - Motosikal Legenda Perang Dunia Jengah Pasaran Indonesia

October 27, 2016 By Admin PanduLaju 1 Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK adil sekiranya mahu membandingkan pasaran dua roda di Malaysia dan Indonesia. Jika anda mengunjungi negara jiran itu, produk yang ditawarkan kepada penggunanya begitu banyak. Mereka cukup beruntung kerana memiliki pasaran ekonomi yang besar. Perumpamaannya, jualan motosikal setahun di Malaysia sama seperti jualan sebulan di sana. Nampak, betapa besar pasaran automotif di sana.

Lebih mengujakan, Norton berlabuh di Indonesia sebelum 2016 berakhir. Pengedar rasmi jenama motor legenda itu, yang hadir sejak Perang Dunia II, ialah PT Studio Bike Indonesia (SBI).

Sebagai permulaan, peminat Norton bukan setakat menerima dua model baharu tetapi lima produk. Pada acara pembukaan, SBI menawarkan Commando 961 Sport, Dominator SS Edisi Terhad, Commando 961 Cafe Racer, Commando 961 SF dan Dominator Production.

SENARAI HARGA

  • Dominator Production - Rp1,119,888 (RM358,364)
  • Commando 961 SF - Rp899,000,000 (RM 287,680)
  • Commando 961 Cafe Racer - Rp859,000,000 (RM274,880)
  • Commando 961 Sport - Rp99,000,000 (RM255,680)

axl_2819

NORTON DOMINATOR SS EDISI TERHAD

Pihak SBI tidak menyasarkan jualan tinggi bagi model terhad Norton Dominator SS ini. Namun, pada majlis pelancaran, Dominator SS sudah pun dibeli dan pembeli hanya mahu dikenali sebagai R dari Pekanbaru, Riau. Motosikal yang dibina di Donington Hall itu hanya dikeluarkan 200 unit sahaja seluruh dunia, manakala di Indonesia, motor berkenaan memiliki nombor siri #189 yang mewakili bilangan pengeluaran ke-189.

Norton ialah jentera yang dibikin dengan tangan menggunakan konsep Bespoke, maksudnya motosikal itu hanya akan dibuat selepas ditempah pembeli.

Norton Dominator SS dilengkapi enjin dua silinder bersesaran 961cc parallel-twin penyejukan udara yang diambil daripada model Norton Commando 961. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 79hp pada 6500rpm dan tork 90Nm, 5200rpm dengan transmisi 5-kelajuan.

Model cafe racer itu menampilkan casis gaya featherbed dan tangki minyak aluminium buatan tangan yang digabungkan dengan lengan ayun trellis.

Tidak hanya rangka, bahagian lain yang mengalami perubahan ialah bentuk tangki 1.5mm lebih tipis. Ini termasuk tambahan cermin sisih angin (flyscreen) kecil dan madgad daripada material gentian karbon, pelindung mesin aluminium dan ekzos baharu.

Bagi peranti elektronik, Norton Dominator SS dilengkapi penghidup elektrik dan sistem mengecas output tinggi 300 watt untuk isian bateri. Saiz tangki minyak berkapasiti 17 liter, manakala berat jentera hanya 188kg berserta tinggi pelana ditetapkan pada 813mm.

dominator-ss-pandulaju-3
Di Indonesia Norton Donminator SS Edisi Terhad dijual pada harga Rp1,329,888,000 (RM 425,564). Di Malaysia, tiada pengedar rasmi jenama Norton. Model tersebut hanya dibawa masuk pengimport grey. Jika tidak salah penulis, Norton terakhir yang pernah dibawa masuk adalah sekitar 2005 dan 2015.

Artikel Berkaitan

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Commando 961 Cafe Racer, Commando 961 SF, Commando 961 Sport, Dominator Production, Dominator SS Edisi Terhad, Norton, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my