Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis
Auto Terkini

Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis

Han OthmanBy Han Othman16/02/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TURKMENISTAN mungkin boleh dimasukkan dalam senarai antara negara yang melaksanakan undang-undang pelik di dunia apabila memutuskan mengharamkan kereta hitam. Peraturan itu asalnya cuma disyaratkan kepada kereta hitam import bermula 2015, tetapi bermula 1 Januari 2018, turut membabitkan semua kereta seluruh negara.

Lebih memilukan, Kerajaan di bawah dasar baharu Presiden Gurbanguly Berdimukhamedov bertindak radikal dengan menunda mana-mana kereta hitam ke balai polis. Jadi, jika pemilik mahu mendapatkan semula kenderaan, mereka diwajibkan menandatangani perjanjian menukar warna kereta daripada gelap kepada cerah.

Ketika ditanya alasan penguatkuasaan itu, pihak berkuasa Turkmenistan menjawab, warna putih bermaksud tuah. Putih juga dikatakan ialah warna kegemaran Gurbanguly yang khabarnya sangat mempercayai hal-hal mistik dan tahyul.

Peraturan aneh tersebut turut menyebabkan perkhidmatan mengecat kereta meningkat sekali ganda daripada AS$500 (RM1,985) kepada AS$1,000 (RM3,970).

BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai…

Bagaimanakah pula cermin gelap atau tinted di Turkmenistan? Jangan harap, pun diharamkan di negara Asia Tengah itu sejak 2014. Kalau berani, tunggulah masa kereta ditunda ke balai polis. Syukurlah, tinted di Malaysia dapat dipasang semurah RM150. Siap boleh tanggal dan pasang sendiri lagi gitu… Hebat!

SUMBER: Chronicles of Turkmenistan

Auto Terkini Gurbanguly Berdimukhamedov kereta hitam kereta hitam haram Turkmenistan undang-undang pelik undang-undang Turkmenistan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.