• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis

Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis

January 13, 2018 By AO 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TURKMENISTAN mungkin boleh dimasukkan dalam senarai antara negara yang melaksanakan undang-undang pelik di dunia apabila memutuskan mengharamkan kereta hitam. Peraturan itu asalnya cuma disyaratkan kepada kereta hitam import bermula 2015, tetapi bermula 1 Januari 2018, turut membabitkan semua kereta seluruh negara.

Lebih memilukan, Kerajaan di bawah dasar baharu Presiden Gurbanguly Berdimukhamedov bertindak radikal dengan menunda mana-mana kereta hitam ke balai polis. Jadi, jika pemilik mahu mendapatkan semula kenderaan, mereka diwajibkan menandatangani perjanjian menukar warna kereta daripada gelap kepada cerah.

Ketika ditanya alasan penguatkuasaan itu, pihak berkuasa Turkmenistan menjawab, warna putih bermaksud tuah. Putih juga dikatakan ialah warna kegemaran Gurbanguly yang khabarnya sangat mempercayai hal-hal mistik dan tahyul.

Peraturan aneh tersebut turut menyebabkan perkhidmatan mengecat kereta meningkat sekali ganda daripada AS$500 (RM1,985) kepada AS$1,000 (RM3,970).

BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...

Bagaimanakah pula cermin gelap atau tinted di Turkmenistan? Jangan harap, pun diharamkan di negara Asia Tengah itu sejak 2014. Kalau berani, tunggulah masa kereta ditunda ke balai polis. Syukurlah, tinted di Malaysia dapat dipasang semurah RM150. Siap boleh tanggal dan pasang sendiri lagi gitu... Hebat!

SUMBER: Chronicles of Turkmenistan

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Gurbanguly Berdimukhamedov, kereta hitam, kereta hitam haram, Turkmenistan, undang-undang pelik, undang-undang Turkmenistan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my