Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif
Pandu Uji

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam suhu dingin 9ºC dengan hujan renyai bukanlah sesuatu yang disukai ramai penunggang.

Namun, itulah momen berharga diharungi penulis bersama kira-kira 70 wakil media permotoran antarabangsa yang hadir pada majlis pelancaran dan sesi tunggang uji sportbike CFMoto 450SR (2023) di Litar Intercity Istanbul Park, Turkiye.

Motosikal yang ditunggang uji ialah spesifikasi Eropah, dan ada sedikit perbezaan output kuasa dengan model versi Malaysia.

Sesi tunggang uji dibahagi kepada empat kumpulan utama dengan purata 20 penunggang setiap satu kumpulan yang dipecahkan kepada grup kecil. Setiap grup kecil diiringi pelumba profesional untuk melakukan beberapa sesi tunggangan di trek sepanjang 5.4km.

MODEL TUNGGANG UJI

Spesifikasi CFMoto 450SR (2023) di Istanbul dihadkan output kuasa berbanding apa ditawarkan di Malaysia dengan enjin berkuasa 49.6hp @ 9,500rpm, dan tork 39Nm @ 7,600rpm.

Unit yang kami tunggal dijana enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 449.5cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) dan aci engkol 270º yang menawarkan kuasa 46.3hp @ 10,000rpm dan tork 39.3Nm @ 7,750rpm.

Model kami uji itu ialah unit yang menepati lesen kelas A2 di Eropah dengan kuasa tidak lebih 35kW (46.9hp).

PRESTASI ENJIN

Hantaran kuasa dari enjin ke roda belakang boleh dianggap lancar. Namun, perahan terotel secara mengejut (daripada tutup penuh) terasa menyentak seketika sebelum enjin kembali memberikan respons.

Transmisi klac manual 6-kelajuan berfungsi baik. Anjakan gear jadi lebih mudah dengan teknologi klac antigelincir (slipper).

Walaupun trenkuasa dilengkapi dua syaf imbang untuk mengurangkan efek getaran enjin, tetapi saya masih boleh merasai sedikit getaran. Cuma kesan itu minimal dan tidak menjejaskan keselesaan tungganggan.

Mengenai kelajuan, CFMoto mendakwa sportbike ini mampu melepasi had 190kmj dengan pecutan 0-100kmj kurang 5 saat.

Pencapaian peribadi saya di trek Turkiye ini pula cuma 158kmj, manakala rakan lain ada yang mampu mencapai halaju 160kmj hingga hampir 180kmj! Jika di jalan raya biasa dengan kondisi permukaan jalan yang baik, kelajuan 190kmj bukan mustahil dicapai.

TAYAR STANDARD, KALIPER BREMBO

Awalnya, memang bimbang menunggang di permukaan litar basah dengan tayar standard jenama CST Adreno. Bagaimanapun, perasaan itu mula lenyap selepas menghabiskan dua lap pertama di litar tersebut. Tayar semi-slik digunakan nyata memberi cengkaman baik atas permukaan basah.

Ketika memijak tuil brek sedikit kuat dan roda belakang mula mengelongsor, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran membantu mengembalikan semula kestabilan motosikal.

Brek cakera 320mm tunggal dengan kaliper Brembo M40 di depan memberikan prestasi membrek yang baik dan menyakinkan berbanding brek belakang.

SLIDER FAIRING

Ada dua slider saiz kecil dipasang pada fairing kiri dan kanan. Ada seorang penunggang hilang kawalan dan tergelincir di selekoh, tetapi kerosakan pada fairing motosikal ditunggangnya dapat dikurangkan dengan pemasangan slider tersebut.

WINGLET TINGKATKAN KESTABILAN

Fairing depan CFMoto 450SR (2023) dipasang sepasang winglet yang dikatakan mampu meningkatkan daya mendap (downforce) 1.6 kali ganda lebih tinggi ketika menunggang laju.

Menurut CFMoto, jika halaju mencecah 120kmj, tekanan downforce adalah sekitar 2kg.

Apapun, sejujurnya sukar untuk saya memberi justifikasi mengenai manfaat komponen winglet itu. Apa yang pasti, sportbike itu masih kekal stabil pada halaju 170kmj. Cuma ada penunggang mendakwa rasa sedikit ‘goyang’ ketika mencapai halaju 190kmj.

PENGENDALIAN

Antara aspek yang menarik minat saya adalah karakter CFMoto 450SR (2023) yang mudah dikendali. Ini mungkin ada kaitan beberapa ciri sportbike tersebut seperti talaan casis, posisi bar hendal rendah dengan peg kaki ke belakang dan juga pelana.

Sosok badan yang  agak kompak dengan jarak roda pendek membantu pengendalian lebih fleksibel.

Sistem suspensi fork terbalik (USD) 37mm di depan tidak diberikan ciri boleh laras, tetapi masih mampu menggalas tugas dengan sepanjang tunggangan atas trek licin itu, dan begitu juga monoshock belakang. Ini menunjukkan talaan dibuat agak baik untuk jalan basah, cuma prestasi atas permukaan jalan kering belum teruji.

CFMoto 450SR (2023) ialah produk berkualiti dengan beberapa kelebihan yang mampu bersaing secara langsung dengan dua pencabar terdekat, iaitu Kawasaki Ninja 400 dan KTM RC 390 di peringkat global.

Namun berbeza di Malaysia kerana CFMoto 450SR (2023) berdepan cabaran lebih berat ini, iaitu persepi negatif dalam kalangan pembeli negara ini. Ini kerana masih ramai peminat motosikal Malaysia masih skeptikal dengan motosikal dari China kecuali mereka yang betul-betul cakna tentang perkembangan dunia automotif dunia.

Ini memang ujian besar buat CFMoto Malaysia.

BACA >>> CFMoto 450SR (2024) Facelift dengan Swingarm Sebelah Bakal Lancar Tahun Depan
BACA >>> Sportbike 4 Dapur 400cc Kove 400RR (2023) Ini Mampu Pecut 220kmj!
BACA >>> CFMoto 700CL-X Adventure (2023) Masuk Malaysia April Ini, Harga RM35.8k!
BACA >>> CFMoto Daftar Paten Superbike 1,000cc Guna Enjin Konfigurasi V4

cfmoto CFMoto 450SR (2023) CFMOTO Malaysia MForce Bike Holdings roda2 sportbike Sportbike Aras Mula sportbike china Tunggang Uji
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.