Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»TuneBoss Perkenal ECU Untuk Honda NSS 250
Aksesori

TuneBoss Perkenal ECU Untuk Honda NSS 250

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 

KALAU rasa Honda Forza 250 atau NSS 250 kurang ‘kick’, ini upgrade yang mungkin patut masuk wishlist, TuneBoss kini tampil dengan ECU khas untuk model ini.

Produk buatan Malaysia ini ditawarkan pada harga RM829, dan datang dengan konsep mudah: ‘plug and play’ pasang terus dan rasa beza.

Tak Perlu Mod Ekstrem

TuneBoss ECU ini direka khas untuk Forza/NSS versi V2 dan V3, termasuk varian meter analog dan LCD.
Cara pasang pun mudah, cabut ECU standard, gantikan dengan unit TuneBoss, kemudian buat calibration throttle dan daftar produk.

Firmware juga boleh dikemaskini, jadi sistem sentiasa up-to-date.

Tambahan Kuasa

ECU ini datang dengan mapping prestasi siap sedia yang membuka sekatan pada sistem bahan api dan ignition timing. Hasilnya, TuneBoss dakwa peningkatan sekitar:

+1.1 HP
+1 Nm tork

Ini menjadikan output keseluruhan kira-kira:

~24 HP (asal 22.8 HP)
~25 Nm (asal 24 Nm)

Tak besar atas kertas, tapi cukup untuk bagi rasa lebih responsif, terutama pickup dan mid-range.

Stage 2 Ready – Senang Nak Tune Lagi

ECU ini datang dengan tetapan Stage 2 sebagai standard. Ini bermaksud kalau motor tersebut dah pakai:

  • Air filter performance
  • Camshaft
  • Exhaust aftermarket

kita boleh terus buat dyno tuning untuk dapatkan setting bahan api dan ignition lebih tepat.

Kawalan Melalui Smartphone

Satu lagi kelebihan TuneBoss, semua boleh control melalui aplikasi.

Antara fungsi menarik:

  • Set RPM limit
  • Live data monitoring
  • Data logging + GPS
  • Diagnostic system
  • Immobiliser function

Semua ini boleh akses terus dari smartphone.

Stage 3 – Untuk Level Hardcore

Kalau nak pergi lebih jauh, ECU ini boleh unlock ke Stage 3.

Antara fungsi tambahan:

  • Dual injector control
  • Electric water pump control

Ini lebih sesuai untuk binaan lebih serius atau setup high performance.

Produk Malaysia, Siap Engineering Sendiri

TuneBoss ECU ini dibangunkan oleh FSR Technology, syarikat tempatan yang memang terkenal dalam dunia tuning. Ini bukan sekadar piggyback biasa — tapi ECU penuh yang boleh ubah karakter enjin secara menyeluruh.
Ketersediaan

TuneBoss ECU untuk Honda Forza 250/NSS 250 akan mula dijual di semua pengedar sah TuneBoss bermula awal Mei 2026.

Kesimpulan

Dengan harga bawah RM1k, TuneBoss ECU ini boleh dikira antara upgrade paling ‘berbaloi’ untuk pemilik Forza/NSS yang nak lebih prestasi tanpa ubah terlalu banyak komponen.

Tak ekstrem, tapi cukup untuk buat scooter harian jadi lebih hidup bila pulas pendikit.

Air filter performance Camshaft Exhaust aftermarket FSR Technology Honda Forza 250 Honda NSS 250 Roda 2 smartphone tuneboss tuneboss ecu
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.