Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?
Autotainment

Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/06/202013 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA RX-Z dilancarkan pada 1985 sebelum ditamatkan pengeluaran pada 2011 selepas bertahan lebih 20 tahun di pasaran.

Tidak diragui lagi, streetbike tersebut adalah antara model motosikal paling popular dalam kalangan anak muda era 80-an hingga awal milenia. Pada masa itu, harga atas jalan RX-Z adalah sekitar RM8,500, bukan harga mampu milik, tetapi tidaklah dikategorikan sebagai mahal.

Hari ini, RX-Z sudah dimasukkan dalam produk motosikal langka (rare) yang menyaksikan harga jualan model itu mula perlahahan-lahan meningkat hingga mencecah belasan dan puluhan ribu ringgit.

BACA >>> Nombor Plat RX-Z Palsu, Penjual Burger Dihukum Denda RM5k atau Penjara 3 Bulan!

GENERASI RX-Z MALAYSIA

Yamaha RX-Z generasi pertama.
Yamaha RX-Z dengan transmisi 6-kelajuan.

Ada tiga versi RX-Z dilancarkan sepanjang 26 tahun di pasaran Malaysia. Model generasi pertama dilancarkan pada 1985 yang menampilkan enjin 2-lejang 135cc dengan transmisi klac manual 5-kelajuan dan menggunakan brek cakera di depan.

Selepas meraih populariti, Yamaha mengeluarkan pula RX-Z versi kedua yang kali ini didatangkan dengan transmisi klac manual 6-kelajuan, panel mater baharu, suis pada bar hendal dan brek cakera depan. Sepanjang pengeluaran versi kedua ini, muncul pula RX-Z versi Boss (foto atas).

Sejak itu, rekabentuk model itu kekal tidak berubah hingga generasi ketiga, RX-Z Catalyzer pada 2004.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha 125ZR Ini Dibeli RM45k, Tambah Lagi Kos Ubah Suai RM17k!

MAHAL SEBAB NILAI, ALAT GANTI

Sepanjang edisi Boss, Yamaha ada mengeluarkan edisi terhad  ‘Millennium RX-Z’ pada 2000. Edisi inilah yang menarik perhatian peminat motosikal tempatan apabila pemiliknya mahu menjual model tersebut pada harga RM70,000.

Berdasarkan makluman laman Facebook Tuan Putera Amirul, model itu berada dalam kondisi new old stock (NOS), iaitu status kondisi yang diberikan kepada motosikal lama yang tidak pernah ditunggang, atau dalam perbatuan sangat rendah, ataupun dibaik pulih dengan alat ganti baharu tulen.

BACA >>> Mahu Lawan Suzuki Satria Indonesia, Honda Vietnam Perkenal ‘Sonic Ferrari’

Tahukah anda, ada pembeli yang sanggup membeli RX-Z milik Tuan Putera itu pada harga RM55,000, tetapi dia masih menunggu pelanggan yang sanggup membeli pada harga RM70,000.

Bagaimanapun, angka tersebut mengundang kecaman dalam kalangan warga maya, tetapi bagi mereka yang kurang arif dalam bidang restorasi dan barangan koleksi (collectors item), rata-ratanya tidak tahu harga komponen motosikal tersebut. Jadi dia tampil dengan video untuk menjelaskan sebab motosikal itu dijual pada harga tinggi.

Berikut senarai harga mengikut komponen yang ditukar ganti:

  • Pelana: RM5,000
  • Coverset: RM15,000
  • Ekzos: RM2,000
  • Penghidup Tendang: RM1,850
  • Brek: RM2,000
  • Kaliper: RM1,400
  • Brek hos: RM700
  • Meter: RM3,500
  • Papan hendal: RM1,500

Harga keseluruhan yang dia laburkan untuk komponen saja sudah bernilai RM31,600. Difahamkan, komponen yang digunakan adalah baharu dan bukan mudah mendapatkan alat ganti untuk model lama, dan semestinya sukar dicari.

BACA >>> Harga Honda Dream (EX-5) Versi Thailand Boleh Cecah RM75k di Vietnam

GALERI
aksesori Collector Item HLYM Hobi Hong Leong Yamaha Motor iklan Motosikal Rare roda2 streetbike Yamaha Yamaha RX-Z Yamaha RX-Z Boss Yamaha RX-Z RM70k
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026

    13 Comments

    1. zangetsu on 10/06/2020 13:42

      alahai..bodoh2 je caya harga barang dy beli tu..kencing kuat..mmbr ak ada pakai rx-z pn beli cover set xde smpi riban2..

      Reply
    2. Yeng on 10/06/2020 19:45

      Barang orii broo bukan brang local..jgn maen ckap jee

      Reply
    3. Alitopan on 10/06/2020 22:29

      Lg bagus beli superbike dr beli besi buruk rxz yg terhegeh hegej kat h way makan asap lori sampah

      Reply
    4. kero on 11/06/2020 00:03

      Berikut senarai harga mengikut komponen yang ditukar ganti:

      Pelana: RM5,000
      Coverset: RM15,000
      Ekzos: RM2,000
      Penghidup Tendang: RM1,850
      Brek: RM2,000
      Kaliper: RM1,400
      Brek hos: RM700
      Meter: RM3,500
      Papan hendal: RM1,500

      kasi orng tutup mulut sikit boss….
      tunjuk resit pembelian…. baru rare….

      Reply
    5. min92 on 11/06/2020 03:59

      bang…membe abg bli cvrset ori kedai ke ori moto😂😂😂
      xminat xsuka xpe bang..jngn bodoh2kn org..
      org ad duit ogr buat..org beli..minat msing2 lain bang..
      senang cite xyh komen pape laa..abg bt kerja abg..dia bt kerja dia..settle bang

      Reply
    6. Kamal cip on 11/06/2020 09:52

      Btol tuu..ori bnda smpi hrga gtu..bkn brg mtor vntge ponn..mterial pn besi bodo je..bkn ttnium ke ape..yg jual bodo..klu ada yg bli..lgi la ada 2 bodo.haha…kick stter 1850?h a hahaha…lucu la korang ni..nilai sntimntal ape ko nk logikkn smpi hrga 70k tu?nthlaa..buang msa la nk bualkn..ni pbualan org yg bru pki mto la ni..bkn otai pn…jakun lbey…haha.klu btol otai..pki mto dh bnyk..tk cmni prngainya..ni pbualan kyangn bdk nk up la ni…bnyk lg yg diaorg lom.jmpa kt arena pmtoran..dlm kpla taunya mto ni je..tu yg jd cmni…k la..bio la tkda yg beli..sdihla nk tgok ada 2org bodo..sorang dhla ya…asalamualaikum..

      Reply
    7. Pudat125zR on 11/06/2020 12:56

      Setuju bro.. Nk menipu pun agak2 lerr..

      Reply
    8. Haidel on 11/06/2020 18:02

      Melampau. Org pon p moto. Peh insuran cover moto ni berapa je silap tk ad insuran pon cover

      Reply
    9. Den beramboi on 11/06/2020 21:30

      Org nk beli 55k x lepas..beragas..mcm jual emas kononnya..tokang dadah boleh la sembang beli brg harga tuh..npe x sprm pdrm tgk sikit latar blkg yg nk jual dgn yg nk beli nanti..70k sesaja nk beli rxz moto pakcik aku buat masuk utan mikat burung..pun brg 1st model x pnh tkr..

      Reply
    10. Gaban on 14/06/2020 17:56

      Rm70k??? Aku xkesian pada yg menjual. Aku kesian pd yg membeli… jika rm70k tu dilaburkan beli besi bangkai.. mmg tido lagilah pembeli tu… beli rm70k.. time nk jual nnti… abis org tanye sapa nk beli rxz rm81k. Xkan nk rugi.. mesti up harga punye. Hahahahaha

      Reply
    11. Bry on 15/06/2020 01:38

      Title Temberang no. 1 di MALAYSIA telah dimenangi…. Hahahahahha… Tahniah
      Malaysia tidak akan lekang dgn cerita2 dongeng dari zaman dulu hingga sekarang…

      (lepas ni pura2 la tu bikin resit utk bukti… Hahahahaha….)

      Reply
    12. Kuat marah on 01/05/2023 08:08

      Bagus aku beli emas kalau dah rm70,000 beli tanah kat kmpg lagi bagus….buat apa dot beli besi buruk nak nama org viral bukan ada faedah pun walaupun parti original jgn kita org Islam jd bodoh kerana nama kerana kami beli motor hanya bawah rm10,000 jadi puluhan ribu…walaupun minat sekali pun bukan dpt jual dgn harga tu balik….aku pun mampu beli dgn harga tu…lah….hujung tahun lepas aku baru beli tanah 200,000 lebih baru beberapa bln saja tanah itu naik lagi harganya…cuba kita beli dgn harga rm70,000 esok kau jual kat Taukey tu balik mau ketidak dia beli sama harga atau lebih daripada itu????

      Reply
    13. lahabau on 14/08/2023 00:53

      70k…kick stater sampai 1k++…wow!!bukan nk ckp la bang…ori kedai @ ori kilang@ori motor…xda sampai nk ribu2…kalau ckp ori std dr pengeluar…rxz tu d pasaran conform harga puluh ribu…pkir sendri la…jual pasaran rxz dulu pn cash 8k++……

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.