Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tuan Kedai Antik Tak Sengaja Jumpa Puluhan Alat Ganti Motosikal Lebih 100 Tahun
Auto Terkini

Tuan Kedai Antik Tak Sengaja Jumpa Puluhan Alat Ganti Motosikal Lebih 100 Tahun

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemilik kedai antik dan perabot terpakai di England terkejut apabila menemui puluhan komponen dan alat ganti motosikal berusia kira-kira 100 tahun yang tersorok di bawah lantai premisnya.

Brian Taylor (rambut putih) menemui pintu rahsia bawah lantai kedai The House Clearance Emporium ketika membersihkan premis itu di pekan Shrewsbury, England.

Kedainya itu tenggelam akibat banjir besar yang melanda minggu akhir Februari lalu disebabkan limpahan Sungai Severn selepas hujan lebat berterusan selama beberapa hari di Britain.

Pintu rahsia tersebut ditemui ketika Taylor mengangkat permaidani atas lantai untuk dibersihkan. Sebaik menyelak daun pintu, dia melihat ada ruang simpanan yang mengandungi komponen motosikal dipercayai era Perang Dunia Kedua.

“Banjir ini memberi impak besar dan bisnes tergendala hampir tiga minggu. Kami terpaksa angkat semua karpet lalu jumpa satu pintu yang membawa kepada ganjaran bonus.

“Lantai asal dilapik kepingan papan lapis sebelum ditutup karpet. Kami dapat lihat ada ruang papan lantai dipotong dan itu memang pelik. Saya mula curiga dengan apa yang tersembunyi di bawahnya,” katanya.

Taylor berkata, ruang simpanan kira-kira 4 x 3 kaki itu berisi banyak komponen motosikal, termasuk sisa sampah. Dia yakin barangan dijumpai itu mampu menarik minat orang ramai kerana ada komponen yang berusia lebih satu abad.

Sebelum membuka kedai antik itu kira-kira enam tahun lalu, premis tersebut dikatakan pernah menjadi sebuah kedai motosikal. Alat ganti motosikal itu dihantar untuk dibersihkan dan dikaji terlebih dahulu sebelum menjualnya.

Beberapa netizen mendakwa antara komponen dalam gambar disiarkan ialah kotak gear 3-kelajuan Sunbeam, injap sisi motosikal AJS pra-1928 dan juga fork Triumph.

SUMBER: Shropshirestar

Auto Terkini bengkel Brian Taylor Britain Komponen Antik The House Clearance Emporium UK
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.