• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tuan Kedai Antik Tak Sengaja Jumpa Puluhan Alat Ganti Motosikal Lebih 100 Tahun

Tuan Kedai Antik Tak Sengaja Jumpa Puluhan Alat Ganti Motosikal Lebih 100 Tahun

March 9, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

604
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemilik kedai antik dan perabot terpakai di England terkejut apabila menemui puluhan komponen dan alat ganti motosikal berusia kira-kira 100 tahun yang tersorok di bawah lantai premisnya.

Brian Taylor (rambut putih) menemui pintu rahsia bawah lantai kedai The House Clearance Emporium ketika membersihkan premis itu di pekan Shrewsbury, England.

Kedainya itu tenggelam akibat banjir besar yang melanda minggu akhir Februari lalu disebabkan limpahan Sungai Severn selepas hujan lebat berterusan selama beberapa hari di Britain.

Pintu rahsia tersebut ditemui ketika Taylor mengangkat permaidani atas lantai untuk dibersihkan. Sebaik menyelak daun pintu, dia melihat ada ruang simpanan yang mengandungi komponen motosikal dipercayai era Perang Dunia Kedua.

Banjir komponen motosikal 4
Banjir komponen motosikal 2
Banjir komponen motosikal 1

"Banjir ini memberi impak besar dan bisnes tergendala hampir tiga minggu. Kami terpaksa angkat semua karpet lalu jumpa satu pintu yang membawa kepada ganjaran bonus.

"Lantai asal dilapik kepingan papan lapis sebelum ditutup karpet. Kami dapat lihat ada ruang papan lantai dipotong dan itu memang pelik. Saya mula curiga dengan apa yang tersembunyi di bawahnya," katanya.

Taylor berkata, ruang simpanan kira-kira 4 x 3 kaki itu berisi banyak komponen motosikal, termasuk sisa sampah. Dia yakin barangan dijumpai itu mampu menarik minat orang ramai kerana ada komponen yang berusia lebih satu abad.

Sebelum membuka kedai antik itu kira-kira enam tahun lalu, premis tersebut dikatakan pernah menjadi sebuah kedai motosikal. Alat ganti motosikal itu dihantar untuk dibersihkan dan dikaji terlebih dahulu sebelum menjualnya.

Beberapa netizen mendakwa antara komponen dalam gambar disiarkan ialah kotak gear 3-kelajuan Sunbeam, injap sisi motosikal AJS pra-1928 dan juga fork Triumph.

SUMBER: Shropshirestar

604
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bengkel, Brian Taylor, Britain, Komponen Antik, The House Clearance Emporium, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my