Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Tiger Sport 660, Tiger 1200, Speed Triple RR di Malaysia! Harga Mula RM49k!
Roda2

Triumph Tiger Sport 660, Tiger 1200, Speed Triple RR di Malaysia! Harga Mula RM49k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH Motorcycle Malaysia (Triumph Malaysia) mengumumkan ketibaan tiga model: Tiger Sport 660, Tiger 1200 dan Speed Triple RR untuk pasaran tempatan.

Tiga model itu adalah sebahagian 10 model sempena ulang tahun Triumph Malaysia ke-10. Baki tujuh lagi model, dipanggil Gold Line Edition adalah lebih eksklusif dan dalam unit terhad. Tujuh model juga akan dicat menggunakan tangan dan  dibangunkan daripada varian Bonneville dan Scrambler (2022).

Berikut perincian tiga model baharu Triumph Malaysia:

HARGA

  • Tiger Sport 660 – RM49,900
  • Tiger 1200
    • GT Pro – RM115,900
    • Explorer – RM130,900
    • Speed Triple RR – RM119,900

* Harga promosi untuk pembelian awal, tertakluk terma dan syarat.

Tiger Sport 660
  • Direka untuk tunggangan harian dalam bandar dan luar bandar dengan karakter versatil berserta prestasi dan keselesaan terbaik.
  • Ada tiga warna pilihan: merah hitam, biru hitam dan kelabu hitam.
  • Trenkuasa 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 660cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 80hp @ 10,250rpm dan tork 64Nm @ 6,250rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat.
  • Menggunakan sistem suntikan bahan api multipoin dengan kawalan terotal elektronik (ETC).
  • Panel meter TFT berwarna multifungsi.
  • Frem jenis keluli tubular yang bersambung dengan fork terbalik (USD) Showa 41mm di depan, dan monoshock Showa RSU di belakang.
  • Sistem brek jenis cakera berkembar 310mm dengan kaliper Nissin 2-piston (depan), dan cakera tunggal 255mm dengan kaliper Nissin piston tunggal. Juga dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim tempa aluminium 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), 180/55 (belakang).
  • Sistem ekzos konfigurasi 3-1, berasaskan material keluli tahan karat.
  • Tinggi pelana 835mm, berat kasar 206kg, dan kapasiti tangki minyak 17.2 liter.

BACA >>> Triumph Tiger Sport 660 (2022) Debut, Dijangka Masuk Malaysia 2022, Anggaran Harga RM50k

Tiger 1200 
TIGER 1200 GT EXPLORER
TIGER 1200 GT PRO
  • Direka untuk tunggangan atas pelbagai jenis permukaan jalan, termasuk meredah kawasan gurun dan pergunungan.
  • Menggunakan rim tempa aluminium 19 inci (depan), dan 18 inci (belakang).
    Tangki minyak 20 liter untuk GT Pro, manakala GT Explorer (30 liter).
  • Ada tongkat kembar sebagai komponen standard.
  • Trenkuasa 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 1,160cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 148hp @ 9,000rpm dan tork 130Nm @ 7,000rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan, klac basah multiplet. Menggunakan pacuan syaf.
  • Menggunakan sistem suntikan bahan api multipoin dengan kawalan terotel elektronik (ETC).
  • Frem tubular keluli, subfrem aluminium dengan swingarm kembar aluminium Tri-Link.
  • Dipasangkan fork terbalik (USD) Showa 49mm semi-aktif (depan), dan monoshock Showa semi-aktif (belakang).
  • Sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper monoblok Brembo M4.30 Stylema (depan), dan cakera tunggal belakang 282mm dengan kaliper Brembo piston tunggal.
  • Panel meter TFT berwarna 7 inci dengan konektiviti My Triumph.
  • Berat 255kg, tinggi pelana boleh laras dua tahap 850-870mm.
  • Hanya GT Explorer dilengkapi Radar Titik Buta (BSR) dan Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS).
  • Kedua-dua varian didatangkan dengan ciri Kawalan Jelajah, sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), Bantuan Pegun Bukit (HHA), 5 mod tunggang, Lampu Belok Adaptif (ACL), lampu LED penuh, termasuk lampu siang (DRL), lampu bantuan LED dan grip pemanas.

BACA >>> Triumph Tiger 1200 (2022) Serba Baharu Lancar dengan 5 Varian, Harga Mula RM82k

Speed Triple RR

  • Sportbike jalanan gaya British untuk kegunaan jalan raya.
  • Dua pilihan warna, putih-hitam dan merah-hitam.
  • Trenkuasa 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 1,160cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 177.6hp @ 10,750rpm, dan tork 125Nm @ 9,000rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat.
  • Sistem suntikan bahan api multipoin dengan kawalan terotel elektronik (ETC).
  • Frem kembar dan subfrem aluminium.
  • Fork terbalik (USD) Öhlins 43mm (depan), dan monoshock Öhlins RSU (belakang), kedua-dua boleh laras.
  • Sistem brek cakera kembar 320mm dengan kaliper Brembo Stylema di depan, dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper Brembo di belalang, serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Panel meter TFT berwarna 5 inci.
  • Berat 199kg, tinggi pelana 830mm dan kapasiti tangki minyak 15.5 liter.

BACA >>> Triumph Lancar Speed Triple 1200 RR (2022), Lebih Berkuasa, Sporty! Harga Mula RM103k
BACA >>> Triumph TE-1 – Sportbike Elektrik 174hp Sedia untuk Ujian Jalan Raya, Trek
BACA >>> Triumph Siap Sedia Umum Model 200cc-700cc dengan Kerjasama Bajaj
BACA >>> Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu

Gold Line Edition roda2 Triumph Malaysia Triumph Speed Triple RR (2022) Triumph Tiger 1200 (2022) Triumph Tiger Sport 660 (2022)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.