Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100
Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR motosikal, DIDI Group memperluaskan lagi barisan model berprestasi tinggi Triumph di Malaysia dengan memperkenalkan Street Triple 765 RX. Dibangunkan berasaskan Street Triple RS yang sudah pun terkenal di litar dan jalan raya, versi RX ini hadir dengan sentuhan lebih eksklusif serta fokus tunggangan trek yang lebih ekstrem.

Menariknya, model ini ditawarkan untuk tempoh terhad satu tahun sahaja, menjadikannya antara varian paling eksklusif dalam keluarga Street Triple. Ia bukan sekadar kosmetik tambahan, tetapi naik taraf sebenar dari aspek casis, suspensi dan ergonomik.

Enjin Lebih Agresif di Litar

Street Triple 765 RX dikuasakan enjin tiga silinder 765cc, DOHC 12 injap, sejukan cecair yang cukup sinonim dengan karakter responsif dan rev tinggi. Ia menjana 130PS (128.2bhp) pada 12,000rpm dan tork maksimum 80Nm pada 9,500rpm.

Sistem suntikan bahan api elektronik bersama pendikit elektronik memastikan respons lebih tepat, manakala transmisi enam kelajuan dengan klac slip dan assist membantu penukaran gear lebih lancar ketika tunggangan agresif. Bunyi enjin triple melalui sistem ekzos 3-ke-1 keluli tahan karat dengan peredam (silencer) sisi rendah pula menambah elemen ‘race’ setiap kali rpm diperah.

Suspensi Öhlins & Ergonomik Lebih ‘Race-Bred’

Perbezaan utama RX terletak pada penggunaan suspensi premium Öhlins. Bahagian depan dipadankan dengan fork Öhlins NIX30 yang boleh dilaras sepenuhnya (compression, rebound dan preload) dengan jarak pergerakan 115mm, menawarkan maklum balas lebih tepat ketika brek dan memasuki selekoh.

Di belakang, monoshock Öhlins STX40 turut menyediakan talaan penuh bersama jarak pergerakan 131.2mm. RX juga menggunakan clip-on handlebar, menghasilkan posisi tunggangan lebih rendah dan agresif berbanding versi standard, jelas memberi kelebihan untuk kawalan lebih fokus di litar.

Brek Brembo Stylema & Casis Aluminium Ringan

Casis aluminium beam twin spar bersama subframe dua bahagian tekanan tinggi memberikan keseimbangan antara kekuatan dan berat ringan. Dengan berat basah sekitar 188kg, Street Triple RX kekal lincah dan stabil ketika memecut keluar selekoh.

Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar 310mm bersama angkup Brembo Stylema monobloc empat omboh serta pam brek radial Brembo MCS. Di belakang, cakera 220mm dengan angkup Brembo melengkapkan pakej membrek berprestasi tinggi, termasuk Optimised Cornering ABS untuk keselamatan tambahan.

Sentuhan Eksklusif RX & Harga Malaysia

Dari segi penampilan, Street Triple 765 RX tampil dengan kemasan Matt Aluminium Silver digabungkan subframe belakang dan rim berwarna Diablo Red. Antara perincian eksklusif termasuk yoke atas berketepatan tinggi, logo RX pada peredam dan tempat duduk khas.

Harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula RM81,100 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Tempahan kini dibuka di semua pengedar sah Triumph seluruh negara.

Tangki bahan api berkapasiti 15 liter sesuai untuk sesi trek mahupun tunggangan hujung minggu. Selang servis ditetapkan pada setiap 10,000km atau 12 bulan (mana-mana terdahulu), menjadikannya masih praktikal untuk pemilikan harian walaupun berstatus jentera berfokus litar.

Auto Terkini Middleweight naked bike naked bike track focus bike Triumph Malaysia Triumph Motorcycle Triumph Street Triple 765 RX
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.