Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

Abang HirataBy Abang Hirata19/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Triumph Daytona 660 2026

TRIUMPH Motorcycles mendedahkan kemas kini utama Triumph Daytona 660 2026 yang kini tampil lebih tajam, sporty dan bergaya.

Sportbike middleweight popular itu menerima penambahbaikan signifikan pada spesifikasi teknikal dan penampilan visual, tetapi tetap mengekalkan falsafah rekabentuk teras yang sama.

Enjin 3-Silinder 660cc

Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026

Model kelas pertengahan tersebut dikuasakan enjin Triumph  3-silinder 660cc dengan tujahan julat pertengahan kuat dan pecutan hujung padu.

Enjin itu menghasilkan output kuasa 95ps (93.7hp) @ 11,250rpm dan tork 69Nm @ 8,250rpm dengan had rev enjin mencapai 12,650rpm.

Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026

Karakter bunyi enjin tripel unik itu dihasilkan menerusi gabungan tiga badan terotel, sistem induksi cekap dan peredam bunyi kompak di bawah, bersama sistem ekzos 3-ke-1 serta sistem bermangkin yang direka untuk memenuhi piawaian semasa. termasuk mengekalkan karakter enjin tersendiri.

Sebanyak 80 peratus tork puncak tersedia di sepanjang julat rev enjin bagi memastikan pacuan linear yang kuat.

Sistem terotel elektronik (Ride-by-Wire) intuitif memastikan kawalan yang jitu dan mudah diramal, sekali gus memberikan penunggang keyakinan dan pecutan responsif dalam situasi tunggangan dunia sebenar.

Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026

Bagi model 2026, setiap pertukaran gear kini lebih mengujakan hasil daripada bantuan gerar pantas (Quickshifter) Triumph Shift Assist (TSA) yang kini dipasang sebagai standard.

Ini mengubah setiap pertukaran gear dengan anjakan naik dan turun tanpa klac yang lancar, sekali gus menambah elemen sporty yang nyata pada setiap pecutan.

Ciri itu dipadankan klac antigelincir Assist and Slipper  (A&S ) yang berfungsi meringankan beban tuas dan melancarkan sambungan kuasa bagi membantu penunggang kekal dalam kawalan penuh sama ada dalam trafik henti-mula atau perjalanan jauh yang laju dan lancar.

Gabungan ciri tersebut menajamkan respons motosikal, menjadikan Triumph Daytona 660 2026 rasa lebih dinamik, menarik dan mendebarkan dalam semua situasi.

Dinamik Tunggangan, Teknologi

Triumph Daytona 660 2026

Berpandukan latar belakang perlumbaan Triumph dan input daripada kejayaan Daytona dalam kelas Sportbike CIV (Itali) dan IDM (Jerman), serta Kejohanan Pirelli National Sportbike UK, casis Triumph Daytona 660 2026 menerima peningkatan prestasi signifikan yang menumpukan prestasi.

Bahagian depan kini dilengkapi fork terbalik (USD) Showa SFF-BP 41mm jenis boleh laras redaman, mampatan dan lantunan.

Triumph Daytona 660 2026

Bahagian belakang menggunakan unit monoshock Showa boleh laras prabeban untuk mengubah tetapan dengan pantas.

Triumph menyediakan tiga mod tunggangan: Sport, Road dan Rain yang mengoptimum respons terotel dan kawalan traksi mengikut kondisi.

Panel meter menampilkan paparan warna TFT dengan skrin LCD, manakala sistem My Triumph Connectivity tersedia sebagai aksesori untuk fungsi navigasi belok-demi-belok, muzik dan kawalan panggilan.

Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026

Sistem lampu LED penuh turut digunakan sepertt lampu depan baharu tersendiri yang disepadu lampu siang (DRL).

Bagi aspek keselamatan, brek depan menggunakan dwi-cakera 310mm dengan kaliper radial 4-piston Triumph dan hos pontal (braided) untuk kuasa henti kuat dan konsisten.

Sistem turut disokong modulator Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Continental untuk kawalan brek lebih baik dalam pelbagai kondisi.

Gaya Luaran

Ada tiga pilihan skema warna baharu untuk 2026, iaitu Sapphire Black (hitam) yang menampilkan kemasan hitam pada fairing, rim dan tangki dengan grafik 660 menonjol pada kowl enjin.

Pilihan premium pula merangkumi gabungan Aluminium Silver (perak) dan Sapphire Black (hitam) dengan aksen Diablo Red (merah), dan pilihan warna Cosmic Yellow (kuning) dan Sapphire Black (hitam) yang kontras dengan rim dan perincian hitam.

Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026

Perincian turut dipertingkat dengan pedal brek aluminium premium baharu dengan kemasan dianod jernih, sekali gus melengkapkan bahagian kokpit kemas, yang mana hos dan kabel tersusun rapi untuk rekabentuk segak.

Rekabentuk badan ramping dengan pelana terpisah memastikan keselesaan dengan tinggi pelana standard 810mm, manakala aksesori pelana rendah boleh dikurangkan kepada 785mm.

Bagi memastikan cengkaman maksimum, Triumph Daytona 660 2026 menggunakan tayar premium Metzeler M9RR Supersport yang dipadankan rim jejari aluminium tuang 17 inci yang ringan untuk meningkatkan kestabilan dan kelincahan.

Kos Pemilikan, Ketersediaan

Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026

Triumph menawarkan kos pemilikan rendah dengan selang servis setiap 16,000km atau 12 bulan. Setiap unit disertakan waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun.

Ada lebih 30 pilihan aksesori tulen, seperti kit tukar lesen A2 untuk pasaran Eropah yang mengehadkan kuasa kepada 35kW.

Pelanggan di Britain pula boleh menempah unit secara dalam talian melalui aplikasi Reserve My Triumph. Model itu akan mula berada di pengedar bermula April 2026 pada harga jualan bermula £8,995 (RM47,030).

Spesifikasi Triumph Daytona 660

  • Enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 660cc DOHC penyejukan cecair
  • Output kuasa 95ps @ 11,250rpm, dan tork 69Nm @ 8,250rpm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan quickshifter Triumph Shift Assist (TSA)
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa 41mm SFF-BP, boleh laras redaman mampatan dan lantunan dengan jarak travel 110mm (depan), dan monoshock Showa RSU boleh laras prabeban dengan jarak travel 130mm (belakang)
  • Tayar 120/70 ZR 17 (depan), dan 180/55 ZR 17 (belakang)
  • Sistem brek cakera kembar jenis apung 310mm dengan kaliper radial 4-pist0n (depan), dan cakera tunggal 220mm, dengan kaliper piston tunggal. Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Tinggi pelana 810mm
  • Berat basah 201kg
  • Kapasiti tangki petrol 14 liter
  • Penjimatan bahan api  4.9 liter pe 100km
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
Triumph Daytona 660 2026
roda2 sportbike Sportbike Middleweight Triumph Triumph Daytona Triumph Daytona 660 Triumph Daytona 660 2026 Triumph Motorcycles
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.