Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster dan Tiger 800 Lancar di Malaysia
Auto Terkini

Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster dan Tiger 800 Lancar di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/03/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA peminat bobber dan advencer, Triumph Motorcycles membuka tirai 2018 dengan memperkenalkan tiga model: Bonneville Bobber Black, Bonneville Speedmaster serba baharu, dan barisan baharu Tiger 800 (enam varian). Dibawakan Fast Bikes Sdn Bhd, ketiga-tiga model import dari Thailand itu kini sudahpun berada di pasaran tempatan.

Berikut senarai harga (termasuk GST tanpa insurans) model Triumph 2018 di Malaysia:

  • Triumph Bonneville Bobber Black – RM79,900
  • Triumph Bonneville Speedmaster – RM79,900
  • Triumph Tiger 800 XR – RM56,900 *
  • Triumph Tiger 800 XRx/XRx Low – RM69,900
  • Triumph Tiger 800 XRT – RM77,900
  • Triumph Tiger 800 XCx – RM74,900
  • Triumph Tiger 800 XCa – RM81,900

* Harga promosi istimewa, sah hingga enam bulan bermula 3 Mac 2018. Harga asal, RM59,900 (Triumph Tiger 800 XR). Semua model diberikan waranti dua tahun tanpa had perbatuan.

Berikut ringkasan mengenai tiga model Triumph terbaharu:

1. BONNEVILLE BOBBER BLACK

Model Bonneville Bobber ialah model global Triumph paling laris. Jentera serba hitam itu dikeluarkan sempena menyambut ulang tahun Triumph ke-115, dan dijana enjin 1200cc berkuasa 75hp pada 6,100rpm dan tork 106Nm (4,000rpm).

Padanan sistem ride-by-wire memberikan respons terotel lebih lancar dan tepat, manakala alihan terotel on/off ditambah baik, termasuk menawarkan pemetaan terotel berbeza menerusi dua mod tunggangan, Road dan Rain. Klac Bantuan Tork (TAC) memudahkan anjakan gear dan mengurangkan keletihan.

BACA >>> Triumph Perkenal Bonneville Bobber Edisi Hitam, Kini Lebih Ganas

Lampu depan versi 2018 didatangkan dengan ciri LED bersama lampu siang (DRL). Ciri LED turut digunakan lampu belakang, indikator dan lampu nombor plat. Ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan imobiliser ialah standard. Rim depan bersaiz 16-inci yang tebal berbanding rim 19-inci pada Bobber standard, dan suspensi depan fork Showa 47mm, lebih tebal (berbanding 41mm pada Bobber).

2. BONNEVILLE SPEEDMASTER

Bonneville Speedmaster pula membawa pengaruh DNA klasik keluarga Bonneville dengan paduan gaya Bobber unik, tetapi lebih praktikal dan versatil. Jentera ini menawarkan ergonomik tunggangan lebih relaks dengan hendal beach bars yang melengkung ke belakang. Ada pilihan pelana kembar dan tunggal disediakan, berbanding Bobber yang cuma satu pelana.

Enjin tork tinggi 1200cc Triumph kembar sebaris menghasilkan tork puncak 106Nm pada 4,000rpm, meningkat 42 peratus berbanding Triumph Speedmaster (2015) dan generasi semasa Bonneville T120 (10 peratus). Kuasa 75hp dipindahkan ke roda belakang melalui kotak gear 6-kelajuan. Kuasa Bonneville Speedmaster (2018) juga meningkat 25 peratus berbanding Speedmaster (2015), dan 10 peratus (Bonneville T120).

BACA >>> #Videotomotif: Triumph Bonneville Speedmaster Tayang Video Teaser, Masih Kekal Gaya Klasik British?

Keunikan bunyi ekzos asli Bonneville Speedmaster menyerlahkan karakter motosikal gaya bobber dengan kotak udara kembar dan material keluli tahan karat. Padanan lampu Speedmaster (2018) mirip dengan Bobber Black.

Speedmaster (2018) turut memiliki ciri terotel ride-by-wire, dengan dua mod tunggangan: Road dan Rain, SIstem Brek Anti-Kunci (ABS) terkini dan Kawalan Traksi (TRC) boleh laras dan Klac Bantuan Tork (TAC). Keupayaan membrek ditugaskan kepada brek cakera kembar 310mm dengan kaliper Brembo 2-piston kembar di depan dan brek cakera tunggal 255mm dengan kaliper piston tunggal Nissin di belakang.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork katrij 41mm dengan travel 90mm (depan) dan monoshock RSU dengan linkage 73mm (belakang).

3. TIGER 800

Fast Bike turut membawa masuk model advencer buat peminat dua roda segmen itu. Tiger 800 XCx serba baharu ditujukan khas kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan jelajah off-road, manakala Tiger 800 XRx lebih kepada penggunaan atas jalan raya biasa.

Kedua-dua model menerima lebih 200 penambahbaikan casis dan enjin yang menyumbang kepada prestasi enjin lancar dengan hantaran kuasa puncak 93hp. Kualiti gear turut diperbaharui, dan gear satu kini lebih pendek dengan cengkaman off-road lebih baik. Pengendalian dipermudahkan pada kelajuan rendah, manakala kesan pecutan dipertingkat.

kedua-dua varian masih mengekalkan asas kepada pengalaman tunggangan Tiger, iaitu pengendalian yang membentuk reputasi jenama tersebut dan teknologi teras yang menentukan kategorinya.

Tiger 800 didatangkan dengan kompaun pelana baharu dan dua pilihan ketinggian. Pelana model XRX (810-830mm) dan XCX (840-860mm) boleh laras hingga 20mm untuk disesuaikan dengan gaya tunggangan. Penunggang Asia, Malaysia khususnya boleh memilih varian XRx (760mm) kerana pelana lebih rendah 50mm berbanding varian standard XRX.

Ciri standard dikekalkan ialah ABS, kawalan cengkaman, terotel ride-by-wire, kawalan jelajah, pelana dengan ciri pemanas dan grip (model terpilih) dan soket kuasa.

Ciri Baharu:

  • Instrumen TFT 5-inci warna penuh boleh laras.
  • Lampu LED baharu depan dan belakang.
  • Butang kawalan baharu lebih ergonomik dan punat intuitif. Didatangkan dengan iluminasi untuk memudahkan operasi pada waktu malam
  • Mod tunggangan Off Road Pro untuk tunggangan optimum atas laluan off-road dengan 6 pilihan mod tunggangan.
  • Visor pengadang angin boleh laras 5-tetapan dan difuser aero.
  • Brek depan kembar Brembo .
  • Kawalan jelajah boleh diakses di bar henda kiril.
GALERI

Bonneville Bobber Black

Bonneville Speedmaster

Tiger 800

 

Fast Bikes Sdn Bhd Triumph Triumph Bonneville Bobber Triumph Bonneville Bobber Black Triumph Bonneville Speedmaster Triumph Speedmaster Triumph Tiger 800 Triumph Tiger 800 XCa Triumph Tiger 800 XCx Triumph Tiger 800 XR Triumph Tiger 800 XRT Triumph Tiger 800 XRx/XRx Low
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.