• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Videotomotif: Triumph Bonneville Speedmaster Tayang Video Teaser, Masih Kekal Gaya Klasik British?

#Videotomotif: Triumph Bonneville Speedmaster Tayang Video Teaser, Masih Kekal Gaya Klasik British?

September 19, 2017 By AI 2 Comments

FacebookTwitter


TRIUMPH mendedahkan video acah atau teaser model Bonneville Speedmaster yang dijadualkan debut pada 3 Oktober nanti. Tiada banyak maklumat didedahkan sepanjang video berdurasi 26 saat itu. Cuma tertera beberapa perkataan, antaranya 'British Attitude', 'Classic Custom Style' dan 'Classic Leading Capability'.

Di sebalik perkataan berkenaan, dipaparkan imbasan imej bahagian mekanikal dan luaran Bonneville Speedmaster seperti enjin, dan lampu depan, termasuk imej penuh model tersebut sebagai latar, tetapi masih tidak jelas sepenuhnya. Apa yang dapat dijelaskan, Speedmaster baharu masih mengekalkan stail ekzos  panjang yang sedikit rendah.


Mungkinkah Bonneville Speedmaster bakal menggunakan enjin 900cc daripada Street Twin? Tetapi, melihat paparan teaser itu, bahagian enjin  seakan menggunakan trenkuasa lebih besar. Barangkali pihak Triumph memilih enjin yang ada pada Thruxton dan Bobber.

Sebagai makluman, Speedmaster bukanlah nama baharu kerana model itu sudah berada dalam rangkaian Triumph sejak 2002. Speedmaster pertama dijana enjin 790cc sebelum ditingkatkan kepada 865cc pada 2005.

VIDEO TEASER

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, roda2, Triumph, Triumph Bonneville Speedmaster, video teaser, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my