Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Trak Pikap Pertama Hyundai Sudah Siap, Akan Muncul Secepat Mungkin!
Auto Terkini

Trak Pikap Pertama Hyundai Sudah Siap, Akan Muncul Secepat Mungkin!

Han OthmanBy Han Othman04/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI merancang memperkenalkan trak pikap jenama itu dalam beberapa tahun akan datang selepas kali terakhir mempamerkan model konsep kenderaan itu, sebagai Santa Cruz pada 2015. Kini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai, Luc Donckerwolke, model itu ‘akan tiba secepat mungkin’.

“Anda pernah lihat trak pikap (Santa Cruz) tersebut di pameran Detroit 2015, kereta itu di bawah pembangunan Hyundai. Bagi pihak saya, ia sudah siap, proses meletakkan ia dalam pengeluaran kini sedang berjalan,” kata Donckerwolke

BACA >>> #KLIMS2018: Tempahan Mitsubishi Triton Baharu Dibuka, 1,000 Pembeli Awal Dapat Beg Thule Edisi Terhad

Masih tidak jelas sama ada Santa Cruz versi pengeluaran itu ialah lawan kepada Ford Ranger atau Toyota Tacoma di pasaran Amerika Utara, atau lebih besar seperti F-150 dan Chevrolet Silverado. Donckerwolke turut mendedahkan trak pikap Kia juga akan menyusul selepas itu dan dijangka bakal bersaing dengan Renault Alaskan, Mercedes-Benz X-Class, Mitsubishi L200 dan lain-lain di Eropah.

Menariknya, Ketua Pegawai Operasi (COO) Kia Amerika Syarikat (AS), Michael Cole dalam satu kenyataan memberi bayangan tentang trak pikap itu  sebagai sesuatu yang mampu membuatkan orang ramai menoleh. Bagaimanapun, rupa sebenar model trak pikap itu tidak akan didedahkan selagi Kia belum mengukuhkan barisan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama itu terlebih dahulu. Salah satu daripadanya ialah Telluride yang dijadualkan tiba beberapa bulan akan datang dengan kapasiti muatan penumpang 8 orang.

BACA >>> SUV Premium Kia Telluride Bakal Guna Platform RWD K900?

PLATFORM CROSSOVER

Menurut Hyundai, trak pikap baharu itu akan dibina berasaskan platform crossover. Jadi model tersebut kemungkinan besar kurang memiliki kemampuan off-road berbanding pesaing dengan badan-atas-frem (body-on-frame). Julat harga juga akan menunjukkan perbezaan, termasuk keselesaan pemanduan yang dijangka lebih kepada kualiti sebuah SUV.

Berdasarkan laporan terdahulu, trak pikap Hyundai itu mungkin datang dengan enjin petrol, contohnya 1.6L pengecas turbo (201hp, 264Nm) atau aspirasi natural (NA) 2.4L (185hp, 241Nm). Enjin turbo digunakan itu dikatakan trenkuasa sama digunakan Elantra Sport.

GALERI

SUMBER: CarScoops

4x4 hyundai Hyundai Santa Cruz Luc Donckerwolke Michael Cole Roda4 Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Der neue elektrische Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+. Exterieur Farbe: Aqua-Mint Uni Interior Polster: ARTICO/Microcut schwarz Energieverbrauch kombiniert: 19,6‒17,4 kWh/100 km | CO₂-Emissionen kombiniert: 0 g/km | CO₂-Klasse: A Die Angaben sind vorläufig. Es liegen bislang weder bestätigte Werte von einer amtlich anerkannten Prüforganisation noch eine EG-Typgenehmigung noch eine Konformitätsbescheinigung mit amtlichen Werten vor. Abweichungen zwischen den Angaben und den amtlichen Werten sind möglich. The new Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ electric. Exterior color: Aqua-mint non-metallic Interior: ARTICO Microcut Black Energy consumption combined: 19.6–17.4 kWh/100 km | Combined CO₂ emissions: 0 g/km | CO₂ class: A The figures are provisional. To date, there are no confirmed figures from an officially recognised testing organisation, nor is there an EC type-approval or a certificate of conformity containing official figures. There may be discrepancies between the figures provided and the official figures.
Auto Terkini

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV 680hp, 1,759Nm, 0-100km/j 2.7s, Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.