• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Tempahan Mitsubishi Triton Baharu Dibuka, 1,000 Pembeli Awal Dapat Beg Thule Edisi Terhad

#KLIMS2018: Tempahan Mitsubishi Triton Baharu Dibuka, 1,000 Pembeli Awal Dapat Beg Thule Edisi Terhad

November 22, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) membuka tempahan model Triton baharu. Jika mahu lihat lebih dekat, boleh datang ke Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Trak pikap ini bakal dilancarkan ke pasaran tempatan menjelang suku pertama 2019.

Model itu, yang diimport dari Thailand, didatangkan dalam 5 pilihan varian pada harga bermula RM100,000 hingga RM140,000 seunit. Dikuasakan enjin 2.4L Mivec turbodiesel VVT dengan padanan Variable Geometri Turbo (VGT), berkuasa 179hp dan tork maksimum 430Nm bersama transmisi automatik 6-kelajuan.

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Mitsubishi Triton (2019) - Masuk Malaysia Tahun Depan!

Gabungan Super Select 4WD II dengan mod Off-Road menghantar kuasa lancar dan meyakinkan dalam pemanduan atas pelbagai permukaan jalan. Triton turut dilengkapi ciri keselamatan tertinggi seperti Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM); Sistem Mitigasi Nyahpecutan Ultra Bunyi (UMS); Amaran Trafik Belakang (RCTA), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Tukar Lorong (LCA) dan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB).

CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Selain itu, Triton ditawarkan dalam 7 beg udara, Agihan Tekanan Brek Elektronik, Bantuan Brek (BA), Stabiliti Aktif dengan Kawalan Traksi (ASTC), Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Bantuan Stabiliti Trailer (TSA) dan Sistem Brek Override dan fungsi amaran rehat (ikut varian).

Keselamatan penumpang dipertingkat lagi dengan struktur badan Mitsubishi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) yang diperkuat dengan keluli berkekuatan tinggi. Imej Triton diserlahkan menerusi rekaan Dynamic Shield bersama lampu LED slim di depan dan ciri LED unik di belakang.

BACA >>> 50 Foto Ini Pasti Buat Anda Jatuh Cinta Kepada Mitsubishi Triton (2019)

Model itu didatangkan dalam pilihan warna putih, hitam, perak dan kelabu. Kepada 1,000 pembeli awal yang menempah Triton baharu akan menerima beg pelbagai guna Thule edisi terhad.

GALERI

 

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 4x4, KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia, Mitsubishi Triton (2019), Mitsubishi Triton baharu, pikap trak, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my