Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Trafik WCE Dijangka Meningkat 140,000 Kenderaan pada Aidilfitri 2025
Auto Terkini

Trafik WCE Dijangka Meningkat 140,000 Kenderaan pada Aidilfitri 2025

SyafieBy Syafie24/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBUHRAYA Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka menyaksikan peningkatan trafik signifikan pada sambutan Aidilfitri tahun ini, dengan sekitar 140,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya tersebut.

Pengurus Besar Komunikasi Strategik WCE, Syed Mohammed Idid berkata, unjuran itu konsisten dengan trend trafik pada perayaan terdahulu seperti Tahun Baharu Cina dan Deepavali, yang mencatatkan purata trafik harian (ADT) antara 130,000 hingga 150,000 kenderaan.

Laluan Taiping Selatan-Banting dijangka menjadi laluan dengan jumlah trafik tertinggi. Awalnya, selepas Seksyen 5, 8, 9, dan 10 siap pada 2019, ADT di WCE sekitar 60,000 kenderaan.

Namun, selepas pembukaan persimpangan Assam Jawa (Seksyen 6) pada November 2023, jumlah trafik meningkat kepada 70,000 kenderaan, dan lebih 80,000 kenderaan selepas pembukaan Seksyen Taiping Selatan pada 12 Mac lalu.

Dengan pembukaan Seksyen 1 Banting dan Seksyen 2 KESAS di Selangor, ADT kini mencapai sekitar 90,000 kenderaan. Peningkatan itu menunjukkan WCE memainkan peranan penting dalam melancarkan perjalanan pada musim perayaan dan mempercepat pergerakan kenderaan sepanjang laluan tersebut.

Syed Mohammed Idid juga menegaskan komitmen WCE dalam memastikan pengalaman perjalanan selamat dan lancar kepada semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh perayaan. Mereka juga akan terus memantau trafik dengan teliti dan menyediakan sokongan diperlukan bagi memastikan keselamatan.

Pelaksanaan Seksyen 7 melibatkan persimpangan keluar Tanjung Karang dijangka siap pada 2026, dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut termasuk merangsang pertumbuhan ekonomi serantau.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Hari Raya Aidilfitri 2025 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.