Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia – Harga Bawah RM100k
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia – Harga Bawah RM100k

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMBAR Perodua Traz – Toyota Yaris Cross kini rasmi dibuka untuk tempahan di Malaysia.

Model ini bermula dengan tanda harga anggaran RM99,900 bagi spesifikasi Yaris Cross 1.5S (Petrol) dan RM109,900 untuk versi 1.5S Hibrid. Ini menjadikannya varian lebih tinggi dan lebih premium dari UMW Toyota Motor berbanding jenama tempatan.

Spesifikasi Lebih Padu Dari ‘Kembar’

Kedua-dua varian datang dengan pakej yang agak lengkap dari segi teknologi dan keselesaan. Antara highlight utama termasuk paparan TFT LCD 7 inci bersama speedometer digital LED, head unit 10.1 inci dengan sokongan Wireless Apple CarPlay & Android Auto, rim 18 inci dua tona, serta sistem bantuan pemanduan seperti Adaptive Cruise Control dan Adaptive High Beam.

Turut melengkapkan pakej ini ialah ambient lighting dalaman yang memberi sentuhan lebih premium dalam kabin.

Hybrid Lebih ‘Loaded’

Untuk varian Hybrid, ada beberapa tambahan ekstra.

  • Wireless charger (standard)
  • Lebih fokus kepada kecekapan bahan api
  • Untuk varian petrol, wireless charger ditawarkan sebagai pilihan sekitar RM380.

Kedua-dua model juga boleh tambah:

  • Digital video recorder (DVR) belakang – RM380

Enjin 1.5L – 106 HP, 138 Nm

Walaupun spesifikasi rasmi Malaysia belum diumumkan sepenuhnya, kita dah boleh jangka berdasarkan model Indonesia.

Varian petrol dijangka guna enjin 1.5 liter NA 4-silinder dengan output:

  • 106 HP
  • 138 Nm tork

Transmisi CVT dijangka standard untuk kedua-dua varian.

Versi Hybrid pula menggunakan enjin Atkinson-cycle yang lebih efisien, digabungkan dengan motor elektrik.

Model ASEAN – Bukan Spec Eropah

Walaubagaimanapun, Yaris Cross yang masuk Malaysia adalah versi ASEAN-spec. Ini bermaksud ia berbeza dengan model pasaran Eropah dari segi reka bentuk dan platform.

Model ini mula debut global di Indonesia pada 2023 dan sudah beberapa kali kelihatan diuji di jalan Malaysia sebelum ini.

Waranti, Pakej Servis

 

Toyota Malaysia menawarkan:

  • Waranti 5 tahun, perbatuan tanpa had

Pilihan pakej servis:

  • 3 tahun / 60,000 km – RM2,350
  • 5 tahun / 100,000 km – RM3,650

Untuk Hybrid:

  • Waranti bateri 8 tahun
  • Boleh extend ke 10 tahun (RM2,500)

Patut Tunggu?

Dengan harga bawah RM110k, spesifikasi lengkap dan pilihan hybrid, Yaris Cross nampak seperti pakej menarik untuk pembeli SUV kompak. Persoalan sekarang — adakah ia cukup kuat untuk cabar model sedia ada dalam segmen ni?

ASEAN Auto Terkini Toyota Yaris Cross UMW Toyota Motor Yaris Cross
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

    23/04/2026
    Roda2

    Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

    23/04/2026
    Auto Terkini

    Horse W30, Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid Dengan Kuasa Lebih 476 ps/600Nm!

    23/04/2026
    Jualan Geely Auto
    Auto Terkini

    Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.